Sebak mendengar pengakuan ikhlas pelawak bernama Joey ini. Jujur mengakui, ketika sibuk dengan melawak, dia terlalai sehingga terlupa akan tanggung jawabnya.
Tiga kali berkahwin namun mengalami kegagalan, Joey yang mempunyai tiga anaknya dari perkahwinan terdahulu ditinggalkan sejak kecil lagi. Kini semuanya sudah besar dan ada yang sudah memasuki usia 20 tahun.
Biarpun tidak bersama, namun mereka masih berhubung. Namun satu kejadian membuatkan dia tersentak dan terus berfikir di sebalik kejadian tersebut.
“Pernah anak-anak kena p3rli oleh kawan dan juga cikgu mereka sendiri sebab kelakuan ayah sendiri yang berlakon dan bersentuh dengan orang perempuan.
“Waktu itu anak-anak masih sekolah. Mereka hubungi saya dan meminta boleh tak kalau nak berlakon jangan itu ini. Ketika itu baru sedar aku rupanya ada anak.
“Jadi, setiap kali dapat tawaran, aku meminta boleh tak tidak bers3ntuh melampau dengan pelakon perempuan. Waktu itu orang beranggapan aku takut bini. Sebenarnya orang tak tahu, Demi Allah aku buat kerana anak-anak.
Joey dalam pada itu turut meminta maaf kepada ketiga-tiga anaknya.
“Aku nak minta maaf pada anak-anak aku iaitu Wawa, Awin dan Zidani. Percayalah baba sayang sangat pada kamu semua. Percayalah kamu semua sentiasa ada di hati baba.
‘Sepanjang aku hidup dua perkara susah aku nak buat iaitu besarkan anak dan kerjaya sebagai pelawak. Orang nampak aku happy dan hiburkan semua orang.
“Bila aku buat benda tak kelakar akan kena kec4m tapi aku terima. Tetapi yang tak boleh terima bila anak-anak kecam aku tak boleh terima kerana aku tahu aku yang bersalah.
“Ampunkan babah kerana selama ini kita tak bersama, dan alhamdulillah aku dapat berjumpa dengan mereka. Malah aku juga sudah ada cucu. Alhamdulillah AKU BERSYUKUR SANGAT kerana dapat berkumpul semula dengan anak-anak. TERIMA KASIH ALLAH kerana menemukan aku dengan anak-anak aku semula.
Fakta menarik tentang Joey
Joey pernah menganggotai band muzik yang ditubuhkan di Johor Kumpulan Mistaken Identity yang banyak beraksi di majlis perkahwinan.
Bakat vokal beliau telah dikenalpasti ketika Mistaken Identity menyertai pertandingan ala Battle of The Band yang mana juri semasa itu adalah kenalan rapat kepada Datuk M.Nasir.
Indivitu itu seterusnya mengesyorkan dan membawa Joey berjumpa dengan komposer terkenal itu dan terus ditawarkan sebagai artis solo oleh Datuk M.Nasir.
Selepas membuat perbincangan, Mistaken Identity bersetuju melepaskan Joey menjadi artis solo di bawah bimbingan sifu Datuk M.Nasir di bawah label Luncai Emas.
Joey pernah menjadi vokalis Kumpulan Exists selepas vokalis Exists ketika itu, Ezad Lazim keluar dari kumpulan tersebut.
Kariernya sebagai penyanyi dan bernaung dibawah Luncai Emas Sdn Bhd sempat menghasilkan dua album Beradu Suratan pada tahun 1994 dan Joey pada tahun 1996.
Hasil dari lagu-lagunya berjaya menembusi pasaran muzik Indonesia dengan jumlah jualan album sekitar 700,000 unit.
Joey tiga kali berkahwin namun mengalami kegagalan. Beliau akhirnya berkahwin dengan Watie Sadali yang juga bekas aggota Elite pada sekitar tahun 2012.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Joey telah dikurniakan tiga anak berusia 12 hingga 27 tahun, selain dua cucu.
VIDEO ;
Sumber: the Rohani, https://www.keluarga.my/