Ajai memberikan kritikan yang kurang menyenangkan terhadap persembahan Syahir di Famili Duo 2023 (FD3), dan menasihatkan agar Syahir lebih adil terhadap peserta lain yang sentiasa memberikan yang terbaik setiap minggu.
Perodua Bezza X 2021 ingin dilepaskan, tengok sini : Bezza X 2021
Ajai turut menegaskan bahawa bidang nyanyian bukanlah sesuatu yang boleh diceburi oleh Syahir selepas tamat pertandingan FD3.
“Lepas habis pertandingan ni, apa yang saya nak katakan ialah nyanyian bukan kerjaya awak yang boleh awak ceburi, nilai artistik itu tiada…” – Katanya
“Bila dah masuk pertandingan, awak kena buat sesuatu. Bila awak selesa, tapi panel juri tak selesa dengan nyanyian awak itu masalah…” – Katanya lagi
“Saya lihat kakak awak macam syok sendiri dalam persembahan walaupun ini adalah pertandingan duo…” – Tambahnya
“Awak kena adil kepada peserta lain yang dilihat begitu bersungguh sungguh. Kalau peserta lain bagi 100%, Awak kena berikan 500% untuk bantu kakak awak…” – Tambahnya lagi
Dengan tema ‘Lagenda dan Idola’, pasangan adik beradik ini meraih markah ‘5’ dari kedua juri setelah membawakan lagu asal Britney Spears dan Michael Jackson, iaitu ‘Baby One More Time’ dan ‘Beat It’.
Program ini disampaikan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, serta disokong oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Musim ini turut dimeriahkan oleh OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.
Jangan lupa untuk memberikan undian anda secara dalam talian melalui Tonton, kerana undian anda akan menyumbang 30% kepada markah keseluruhan.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.