Home Isu Semasa Nurhafizah Terbaring Kaku, Pemandu Berulang Kali Minta Maaf

Nurhafizah Terbaring Kaku, Pemandu Berulang Kali Minta Maaf

152
0

Menurut Karmin, dia masih tidak dapat melupakan kejadian menyayat hati yang menimpa anak bongsunya, Nurhafizah Nuljin, 5 tahun, yang ditemukan kali terakhir pada pukul 6.40 pagi semalam ketika hendak ke sekolah.

“Saya tidak menyangka kehilangan anak bongsu dalam sekelip mata, mungkin kejadian dapat dielak sekiranya pemandu van sekolah berkenaan lebih berhati-hati…”

Dia berkata, kebiasaannya Nurhafizah dan abang arwah, Muhammad Afieq Miqhael, 6 tahun, akan memanggilnya ketika menghampiri pagar rumah selepas turun daripada van sekolah kira-kira pukul 11 pagi.

Namun, katanya, semalam dia hanya mendengar panggilan pemandu van sekolah yang memintanya keluar rumah untuk melihat keadaan anaknya.

“Nurhafizah hanya terbaring kaku manakala pemandu van sekolah berkenaan berulang kali meminta maaf dan menyatakan sudah melanggarnya…”

“Pemandu van sekolah berkenaan kemudian meninggalkan lokasi kejadian kerana mahu menghantar murid lain, sebaliknya saya dibantu jiran untuk menghantar anak ke Klinik Kesihatan Masai sebelum arwah disahkan sudah tiada…”

Karmin berkata, kejadian itu mengakibatkan Muhammad Afieq Miqhael trauma kerana dia melihat keadaan Nurhafizah sehingga membuatkannya menangis setiap kali melihat gambar adiknya atau ketika mereka bercerita mengenai kejadian yang meragut nyawa arwah.

“Arwah Nurhafizah dibedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala serta urat leher di bahagian belakang kepala juga terputus…”

“Mungkin dia terseret dalam kejadian, namun kami serahkan kepada polis menjalankan siasatan dan tindakan mengikut peruntukan undang-undang…”

Kedua-dua adik-beradik itu belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Alam 2 di sini.

Nurhafizah mula menaiki van berkenaan sejak awal tahun ini, manakala Muhammad Afieq Miqhael pula menggunakan perkhidmatan van sekolah itu sejak tahun lalu.

Karmin, yang berasal dari Sabah dan sudah menetap di Johor selama 20 tahun, berkata dia dan suaminya, Nuljin Delson, 41 tahun, yang juga seorang jurukimpal, reda dengan kejadian yang menimpa anak mereka itu.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleJemaah Haji Wanita Dikritik Sempat Berniaga Rojak Ketika di Tanah Suci
Next articleWanita Ini Dikecam Pertikai Pembahagian Daging Korban

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here