Home Hiburan “Nur Afrina Aisyah Nama Diberi,” – Datin Almy Nadia ‘Update’ Mengenai Anak...

“Nur Afrina Aisyah Nama Diberi,” – Datin Almy Nadia ‘Update’ Mengenai Anak Keempat, Usia Sebulan Berat 4kg

123
0

Isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia berkongsi mengenai anak keempatnya yang dilahirkan 8 Disember lalu, Nur Afrina Aisyah.

Sambil mendedahkan nama puteri bongsunya itu kepada peminat, Almy yang juga pelakon itu turut bersyukur atas perkembangan positif puteri kesayangannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

“Nur afrina aisyah nama diberi. Puteri nombor empat.

“Lahirnya 37 minggu seberat 2.7kg. Syukur alhamdulillah. Sihat cukup sifat syukur sangat-sangat, alhamdulillah.

“Cukup 1 bulan berat sudah 4kg. Bulan ni 8/2 cukup usia 2 bulan. Kita tunggu berapa berat dia,” tulis Almy menerusi satu perkongsian yang dibuat di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)


Sambil ramai yang memuji kecomelan bayinya itu, peminat dan rakan artis turut menitipkan doa yang baik-baik buat Almy sekeluarga menerusi ruangan komen di hantaran sama.

Sekadar info, Almy Nadia dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra.

Almy sebelum ini pernah mengalami dua kali keguguran dalam tempoh beberapa bulan pada pertengahan tahun 2020 lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Sumber: MH

Previous articleMemey Syukur Nikmat Impian Miliki Kereta ‘Tak Ada Bumbung’ Tercapai – “Sorrylah Mummy Kongsi Sini Sebab…”
Next article‘Sebagai Seorang Ibu Kepada Anak Lelaki, Berita Rayan Buat Saya Tersentuh’ – Neelofa
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here