Home Hiburan Nora Danish Tak Nak Sambut Birthday , Nedim Bagi Hadiah Lagu Nyanyian...

Nora Danish Tak Nak Sambut Birthday , Nedim Bagi Hadiah Lagu Nyanyian Yan Josua Raih Tumpuan

220
0

Tarikh 7 Mac merupakan hari istimewa buat pelakon Nora Danish. Semalam, pelakon ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 40 tahun.

Walaupun umur sudah memasuki 40 tahun, Nora Danish kekal awet muda dengan wajah comelnya.

Suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz telah menuliskan ucapan sempena hari istimewa isterinya.

Menerusi posting terbaru di Instagram, Nedim yang lebih mesra dipanggil Boss Ned mengatakan bahawa walaupun umur Nora sudah meningkat, namun di matanya Nora masih sama seperti kali pertama mereka bertemu.

 

Katanya lagi, kehadiran isterinya telah mengubah dia menjadi seorang suami dan bapa yang lebih baik.

091637es8398fcss32r7kp

Walaupun Nora sudah memberitahu bahawa dia tidak mahu membuat majlis sambutan hari jadi, Boss Ned tetap membuat kejutan dengan memuat naik satu rakaman video ucapan hari lahir daripada penyanyi kesukaan Nora iaitu Yan Josua.

Melihat ke ruangan komen, Nora Danish mengatakan ini adalah hadiah paling bermakna diterimanya.

091643upkpvszfb2iotsot

Ibu kepada dua cahaya mata ini menitipkan rasa syukurnya kerana Boss Ned adalah jodohnya dan dia selalu berdoa agar hubungan cinta mereka kekal hingga selamanya.

Kami warga CARI mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran kepada Nora Danish. Semoga Nora bahagia selalu bersama yang tersayang.

Sumber: CARI

Previous article“ Sebenarnya…” – Finally! Remy Ishak Buka Cerita Jelaskan Isu Isteri H4mil, Minta Doa Daripada Orang Ramai
Next article[VIDEO] “Elica ajar Tegar cakap Dusun..”- Sekali reaksi Tegar di Live IG jadi bualan netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here