Home Hiburan Netizen Buat Spekulasi Penceraian Berpunca Dari Orang Ketiga? Sekali Raf Yaakob Tampil...

Netizen Buat Spekulasi Penceraian Berpunca Dari Orang Ketiga? Sekali Raf Yaakob Tampil Beri Penjelasan

199
0

Baru-baru ini heboh di laman sosial apabila tiba-tiba sahaja Raff Yaakob dan Mawar Rashid membuat pengumuman yang mereka membuat keputusan untuk berpisah. Raf dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1.

Banyak persoalan yang timbul dikalangan netizen tentang punca pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah. Bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob tampil menjelaskan bahawa penceraiannya dengan bekas isterinya itu bukanlah berpunca daripada orang ketiga.

Raf juga berkongsi yang hubungannya dengan Mawar juga dalam keadaan yang baik meskipun sudah beberapa bulan bercerai. Tambah Raf, dia juga reda dan menerima ujian yang berlaku ini dengan hati yang terbuka.

“Alhamdulillah hubungan saya dan bekas isteri baik-baik saja dan selepas bercerai tiada siapa yang keluarkan sebarang kenyataan..”

“Ingin saya terangkan di sini ialah penceraian yang berlaku bukanlah kerana pihak ketiga. Saya tiada pihak ketiga dan begitu juga dengan bekas isteri saya..”

“Allah dah kata jodoh kami setakat di sini saja jadi saya terima dan reda..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raf Yaakob (@rafyaakob)

Raf Yaakob juga menjelaskan bahawa dia dan Mawar kini fokus untuk menjaga hubungan baik mereka demi kebahagiaan anak-anak.

“Selepas bercerai tiada sebarang pergaduhan melibatkan anak-anak dan kami berdua sangat fleksibel bila melibatkan anak-anak. Itulah tanggungjawab kami untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan yang bahagia..”

“Alhamdulillah setakat ini kami sangat positif dengan anak-anak dan insya-Allah mereka tidak akan terkesan dengan apa yang berlaku di antara saya dan Mawar..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raf Yaakob (@rafyaakob)

Ketika ditanya mengenai jodoh, pelakon berusia 39 tahun itu meletakkan perkara tersebut sepenuhnya kepada Allah SWT dan sama sekali tidak menolak sekiranya ditakdirkan untuk bertemu jodoh semula dengan bekas isterinya, Mawar.

“Soal jodoh ini semuanya ketentuan Allah dan apa yang saya boleh cakap ialah saya akan sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik. Kalau Allah kata saya akan dijodohkan semula dengan dia, dialah orangnya namun jika Allah kata bukan, maka bukan dengan dia..”

“Yang penting sekarang ini saya fokus untuk mencari nafkah buat anak-anak dan perbaiki diri saya sendiri..”

Previous articleTam Spider Nyanyi Lagu Relaku Pujuk Di Bukit Bintang, Peminat Suruh ‘Comeback’ Dalam Industri Seni
Next article“I Ni Pondan Oversea Tau…” – Transgender Mengamuk di H&M Bukit Bintang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here