Berikutan isu Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini, Kazar selaku bapa dikecam hebat oleh netizen dek kerana membantu anaknya berkahwin dengan Syamsul Yusof, suami kepada Puteri Sarah Liyana.
Pada mulanya, pihak wartawan cuba untuk dapatkan penjelasan dan kenyataan daripada Kazar, namun tidak berjaya. Tidak berputus asa, pihak wartawan telah mencari Kazar di kediamannya namun pelakon dan penyanyi veteran itu tidak berada di rumah kerana sedang berlakon di Ipoh.
Kazar berkata yang dia tidak mahu berkata apa-apa tentang isu perkahwinan anak kesayangannya itu.
“tunggu la, sekarang ini tak boleh nak komen atau ulas apa-apa..”
“Nanti-nantilah..” – Ujar Kazar ketika dihubungi wartawan yang berada di hadapan rumahnya.
Pihak keluarga Syamsul Yusof telah meluahkan perasaan mereka yang terkilan dengan perkara ini. Namun, pihak Kazar masih diam membisu dan tidak berkata apa-apa sejak Syamsul mengumumkan perkahwinan mereka. Nama Kazar turut terkena tempias amarah netizen dek kerana dia seolah-olah menyokong anaknya Ira untuk berkahwin dengan Syamsul.