Pada malam tadi tular mengenai sebuah rancangan hiburan yang bernama “Famili Duo”. Famili Duo merupakan rancangan nyanyian yang melibatkan beberapa orang artis ‘BBNU’.
Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik syarriz_one menunjukkan suami Mas Idayu sedang menjelaskan mengenai perkara yang terjadi terhadap Sissy Iman apabila Mas Idayu memberi komen sehingga menjerit kepadanya. Isu tersebut tular apabila Mas Idayu mula “menengking” Sissy Iman dan Naim Daniel selepas selesai persembahan mereka.
Rata-rata netizen mengatakan bahawa beliau akan sebelahkan pihak Mas Idayu kerana Mas Idayu merupakan isterinya. Ramai juga yang mengatakan bahawa Mas Idayu tidak patut melibatkan emosi peribadi di dalam waktu kerja. Ada juga yang menyokong tindakan Mas Idayu kerana persembahan Sissy Iman dikatakan sangat teruk.
Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 200K tontonan, 7K sukaan dan 100 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@tomiryo75: semlm aku ada dlm studio tu ..bila mami tengking tu dengan penonton sekali terdiam …terperanjat
@airolkacak256: Rasanya his opinion will always one sided bcause Mas Idayu tu wife die. Of course dia akan sokong. Kalau x nanti tido luar
@Bonda Sapinah: Mgkn jgk juri tegur dan komen mcm tu nk bg perserta tu cabaran utk mereka lebih baik utk akan dtg..
@daddy darren: mmy mgkin ada stress prkara lain ..tpi mmy mgkin keluarkan kemarahan mmy kt mereka…bersabar ja lh….
@user533187147808: faktor umr tu..thu lh ni suami dia punya
@ceo purnama merindu: mas idayu mmg begitu bila menegur. mereka ok je di belakang. spttnya pengacara tu pandai jernihkan suasana. bkn ikut sekali dlm emosi
@rohanizasulong1: terlebih sangat marah nya faktor umur mungkin stress
@Cikcinta: Nk tegur tak salah tapi tolong jgn sampai mengaibkan..mas idayu perlu ubah cara nk menegur
@AQiMiE: komen yang tegas bukan cara menjerit! lagi ni pasal perasaan bila dh jerit depan org rmai mcm tu mesti la sissy tu sedih malu
Sumber: Tiktok