Pelakon yang semakin mendapat populariti, Amir Ahnaf, memberikan pandangan mengenai tindakan warganet yang melabel beberapa selebriti sebagai ‘muka awam,’ merujuk kepada rupa paras yang dianggap tidak menarik.
Melalui ciapan di platform tersebut, Amir, atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin, menyatakan bahawa seorang pelakon yang memiliki ‘muka awam’ sebenarnya mempunyai kelebihan untuk membawa sesuatu watak.
Mengulas lanjut, teraju utama drama “Syurga Itu Bukan Mudah” menyatakan bahawa dengan wajah sebegitu, ia dapat memberi impak yang baik terhadap penonton. Ini kerana penonton akan lebih mudah memahami lakonan aktor tersebut.
Sementara itu, pelakon Nadhir Nasar juga bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menekankan bahawa bakat lakonan adalah lebih penting daripada penampilan.
Lihat Posting di bawah:
Nak tahu satu sesuamthing tak, Mierul pernah borak dengan Amir,
muka awam kita ni iaitu melayu,
akan banyak membantu untuk pemain melakonkan watak.Kerana dalam kehidupan kita seharian ni memang tak lari daripada realiti.
Hari hari kita tengok rupa orang awam, https://t.co/wFUR0CsaME— Amir Ahnaf (@amirrahnaff) December 14, 2023
Sumber: X
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.