MERIAH! Begitulah suasana sebuah majlis yang siap dengan hantaran dan pelamin seperti meraikan pengantin baharu.
Namun jangan salah sangka, ia sebenarnya kejutan majlis ulang tahun perkahwinan sepasang suami isteri yang dirancang oleh anak-anak mereka.
Berkongsi pengalaman, salah seorang anak, Muhammad Nur Rahhim Ramly berkata, majlis tersebut dibuat di sebuah hotel di Kuala Terengganu, Terengganu pada Sabtu lalu.
Pemuda berusia 28 tahun itu memberitahu, kejutan dibuat bagi meraikan hari ulang tahun perkahwinan ibu bapanya ke-39 pada 8 Mac.
View this post on Instagram
“Sebenarnya kami adik-beradik rancang nak buat majlis seperti ini pada tahun lepas tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 2.0.
“Tahun ini, kami buat lebih awal bagi memastikan kelancaran majlis dan memulakan tahun baharu dengan meraikan mak ayah dengan penuh kegembiraan,” katanya kepada mStar.
Sebahagian hantaran yang dibawa masuk ke dewan.
Rahhim berkata, rancangan diketuai kakaknya yang dimulakan dengan idea sesi fotografi ibu bapa mereka yang masing-masing berusia 58 dan 69 tahun.
“Kak Ngah bawa mak ayah ke butik pengantin dan cuba baju untuk fitting busana songket nak buat photoshoot sempena anniversary mereka di hotel.
“Malam sebelum majlis tu ada sesi berinai untuk nampak lebih realistik sesi fotografi seperti pasangan pengantin,” ujarnya yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Tetamu diberikan cenderamata dan dijamu nasi minyak serta lauk-pauk.
Menurut anak ketujuh daripada lapan beradik ini, kesemua mereka bersyukur kerana sesi fotografi dengan memakai busana pengantin diterima baik ibu bapa mereka.
“Nasib baik mak ayah sporting dan layankan saja. Keesokan paginya kami beritahu ada makan-makan keluarga dan mak ayah ingin sesi tu dengan anak-anak saja.
“Sekali masuk je dewan ada kira-kira 200 tetamu dijemput untuk memeriahkan anniversary mak ayah yang terdiri daripada saudara-mara sebelah mak ayah.
“Kebanyakan mereka datang dari luar Terengganu, dan tak sangka ada yang sanggup datang jauh dari Kuala Lumpur untuk meraikan anniversary mereka,” tambahnya.
Acara makan beradab.
Rahhim berkata, sebanyak 16 dulang hantaran masing-masing lapan untuk ibu dan bapanya seperti beg tangan, dompet, songket, baju, kasut, coklat dan kek turut disediakan.
Jelasnya, majlis ulang tahun tersebut turut dimeriahkan dengan acara ‘bersanding’ di pelamin, makan beradab, potong kek sebagaimana berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan.
“Lagu pengantin dipasang dan dihiburkan oleh MC (pengacara majlis). Semua tetamu makan nasi minyak berserta lauk-pauk,” katanya sambil menambah ibu bapanya mempunyai 14 cucu.
Keluarga Rahhim di majlis ulang tahun perkahwinan ibu bapanya.
Rahhim yang membuat servis membina laman web turut berkongsi momen menyentuh emosi ketika majlis buat bapanya yang merupakan pesara guru, dan ibunya seorang suri rumah.
“Bila adik-beradik bagi ucapan penghargaan dan persembahan montaj video tentang mak yah, ramai yang sebak terutama mak ayah sendiri.
Rahhim (kanan) bersama pasangan kembar (kiri) dan ibu bapa di pelamin.
“Ayah bukan dari keluarga senang. Ayah kata masa nikah dengan mak dulu, tak ada pelamin… hanya ada makan-makan ringkas.
“Jadi ayah seb4k sebab anak-anak raikan macam majlis kahwin. Selepas 39 tahun berkahwin, ayah dan mak akhirnya ada pelamin sendiri,” katanya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar