Jurusolek terkenal, MUA Bellaz, mengumumkan bahawa pihaknya akan menghentikan pengeluaran keychain kartun yang menggambarkan wajah anaknya, Nur Aisywara Nealofa.
Menurut MUA Bellaz, dia menerima nasihat dan ucapan daripada pengikutnya di media sosial untuk tidak meneruskan pengeluaran produk berkenaan demi kebaikan. Walaupun pihak syarikatnya sudah menghasilkan separuh daripada keychain tersebut, MUA Bellaz berkata dia akan memberikannya kepada pelanggan sebagai hadiah ‘free gift’.
“Hampa dengan merendah hati nak bagitahu, Bellaz berlapang dada berhentikan production cartoon keychain Wara. Nak semua omi Wara happy dan selesa…”
“Terima kasih atas nasihat dan ucapan yang baik-baik. Terima kasih walaupun dah separuh dah buat. Nanti Bellaz bagi as free gift untuk client makeup mama dia na. Minta maaf sekali lagi…”
“Kita kena buat benda yang selesakan orang. Kalau orang kurang selesa jangan teruskan sebab yang beri sokongan ini bukan orang luar tapi dari pengikut kita sendiri. Mungkin ada hikmah besar lagi Allah nak bagi…”
Terdahulu, MUA Bellaz telah menyatakan bahawa terdapat segelintir netizen yang merasa kurang selesa apabila keychain tersebut mempamerkan wajah Wara. Susulan daripada itu, Bellaz dipercayai akan mengeluarkan produk terbaru, iaitu baju yang memaparkan wajah anaknya.
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.