Home Viral Minta Jaga Hati Isteri Pertama, sekali Ustaz Syamsul Debat ‘Sound’ Abang Tesla

Minta Jaga Hati Isteri Pertama, sekali Ustaz Syamsul Debat ‘Sound’ Abang Tesla

383
0

Penceramah bebas iaitu Syamsul Debat terpanggil untuk mengulas isu kahwin dua yang melibatkan pempengaruh media sosial dikenali iaitu Abang Tesla. Menerusi klip video ceramah yang tular, Ustaz Syamsul menegur Abang Tesla agar berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kata Ustaz Syamsul, adil dalam Islam ini bukan mengikut selera dan nafsu.

“Minggu ini teruk betul orang lelaki kena balun, macam hilang nilai kemerdekaan. Ini semua Abang Tesla punya pasal…” – Ustaz Syamsul Debat

“Saya nak pesan kepada orang yang sudah berpoligami. Kalau rasa diri kita ini bukanlah bagus sangat, ada kelemahan, tak usah kongsi dengan orang lain…” – Katanya

“Lagi cakap, lagi bangang tau? selepas itu yang bertanya soalan pun tak kena, yang menjawab soalan pun tak kena. Yang memberi pandangan pun tak kena. Tak usah…” – Tambahnya lagi

Dalam pada itu, Syamsul turut mengingatkan Abang Tesla untuk menjaga hati dan perasaan isteri pertama, Nurmajdina Jamari.

“Isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai? Tak kecil ke hati isteri pertama? Tak berhak ke dia untuk dicintai? Hanya untuk dihargai saja? Susah senang sama-sama, habis yang isteri nombor dua dicintai? Habis nanti isteri nombor tiga? Isteri ketiga untuk di-apa? Untuk diapa-apakan? Yang keempat?…” – Katanya lagi

“Itulah sebab jangan keluarkan kenyataan kalau rasa diri tidak mempunyai kelayakan nak bercerita. Fikir dulu sebelum bercakap…” – Luahnya

Sebelum ini, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi. Menurut Abang Tesla, dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: X

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleS*xual Harrasment Dikalangan Cabin Crew, sekali Isteri Fizo Omar Dedah Sesuatu Mengejutkan Ramai
Next articleTarian Tradisional Melayu Di Bumi New York Raih Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here