Menerusi perkonsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok ameeraida, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita sedang memegang bayinya ketika makan pagi di sebuah restoran. Wanita ini mengatakan terdapat seorang pakcik dan makcik sedang memerhatikan anaknya ketika itu, sambil memberikan senyuman. Sekali reaksi pakcik ini buat ramai yang sebak dan menarik perhatian ramai.
Pada mulanya, wanita ini mengatakan berasa bimbang untuk beri pakcik tersebut memegang anaknya tetapi setelah mendengar cerita dari si isteri buat ramai yang sebak. Selain itu, video klip ini juga telah menarik perhatian ramai dan ditular di media sosial.
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan berasa sebak melihat reaksi pakcik ini yang meminta izin terdahulu untuk memegang anaknya. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama. Netizen juga mendoakan semoga sesiapa sahaja yang masih menunggu menimang cucu ataupun anak, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 743.7K penonton, 75.9K sukaan dan 793 komen.
Baca lagi: Video Sempena Hari Ibu, Lakonan Uwais Buat Ramai Yang Sebak
Baca lagi: Aleya Jumpa Khuzairi Dalam Drama ‘Andai Itu Takdirnya’, Episod Terakhir Jadi Tanda Tanya Penonton
Lihat klip durasi pendek reaksi pakcik ini:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@nrlLiya: agaknye macam ni ke perasaan mak mertua aku eh tapi dia tak pernah soal ..
@nxkhai: Anak saya anak istimewa. Pernah sekali tengah makan, ada makcik datang minta izin nak cium anak Syurga kami.
@Neebbyssss: Ni kalau pakcik makcik ni dapat cucu la nanti. Confirm jadi cucu emas ni hehe. Semoga Allah bagi mereka merasa ada cucu nanti. Aaminn
@Auragold: sy sllu berdoa..smoga mak ayah dpt pgng cucu sndri nanti..kcian mak sy sllu kena perli sbb ank2 blum mampu bgi cucu..11thn pnantian..in sha allah..
@feashamsuddin: diorg teringin nak ada cucu. aku teringin nak ada abah. abah tak sempat tgk anak anak aku. anak anak aku tak merasa kasih seorang atuk.
@catsheaven48: doakan saya 4 tahun ttc. suami anak tunggal, kesian mak n abah mertua teringin cucu
@Intan: Terima kasih bagi atok pegangkan kejap. Tak semua mampu buat macam tu.
@Kitty: Berair mata . Abah tungu cucu tp sbulan abah meningal baru thu pregnant.. Skng nenek je merasa bahagia ada cucu tu .. Bahagia sampai tukar dgn anak
@Noyyaasmawai : ku selalu tengok anak orang , teringin nak dukung huarghhhhh kenapa tak pernah ada siapa pun sudi hulur
@FARAHIN SOHID: aminn..semoga pakcik mkck cpt dpt cucu. da dpt nnti msti dimanjakan
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram