Home Isu Semasa Mimpi Indah Berakhir, Rugi Lebih RM1 Juta

Mimpi Indah Berakhir, Rugi Lebih RM1 Juta

73
0

“Saya seperti baru tersedar dari mimpi indah setelah enam tahun melabur dan mengalami kerugian lebih RM1 juta,” kata Lee Jian Shiun, 32, yang mendakwa telah diperdaya oleh sebuah syarikat yang menawarkan skim pelaburan mata wang forex.

Ejen insurans itu adalah salah seorang daripada 400 mangsa penipuan skim pelaburan yang dipercayai didalangi oleh tiga individu, termasuk dua warga asing, yang menyebabkan kerugian keseluruhan melebihi RM100 juta.

Menurut Lee, dia pertama kali diperkenalkan kepada skim pelaburan itu oleh rakannya pada tahun 2016, yang menawarkan pulangan keuntungan sebanyak dua peratus setiap bulan, selain ganjaran lumayan jika berjaya membawa masuk pelabur lain.

Katanya, dia dibawa bertemu dengan seorang lelaki warga asing yang mengaku sebagai ketua broker yang menguruskan transaksi kewangan antara pelabur dan syarikat tersebut.

“Namun, pada tahun 2022, saya dan rakan pelabur tidak lagi menerima pulangan yang dijanjikan, dengan syarikat memberi pelbagai alasan, termasuk mendakwa masalah berpunca dari pihak bank.

“Sampai satu hari, ketua broker itu tersalah menghantar mesej mengenai pembahagian wang pelabur bersama dua rakannya ke dalam kumpulan WhatsApp, yang mendedahkan bahawa wang kami sebenarnya tidak dilaburkan, sebaliknya dibahagikan antara mereka,” katanya dalam sidang media di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Lee berkata, selepas insiden itu, dia mendesak agar wangnya dikembalikan, namun syarikat tersebut gagal berbuat demikian, sehingga dia nekad membuat laporan polis kerana ditipu oleh sindiket skim pelaburan tersebut.

Seorang lagi mangsa, yang ingin dikenali sebagai Ethan, 32, turut mengalami kerugian lebih RM1 juta selepas menyertai skim pelaburan itu pada tahun 2017, dan kini menuntut wang miliknya serta ahli keluarga dan rakan-rakan dikembalikan oleh sindiket tersebut.

Ethan mendakwa dia diperkenalkan kepada skim tersebut oleh seorang rakannya yang memberitahu bahawa syarikat itu kukuh dan mempunyai ramai pelabur di seluruh rantau Asia, yang membuatnya yakin untuk melabur.

“Selama lima tahun melabur, saya memang menerima pulangan pelaburan dan ganjaran kerana membawa masuk pelabur lain mengikut tempoh yang ditetapkan, walaupun kadangkala pembayaran terlambat. Namun, saya masih percaya dengan skim itu.

“Namun, bermula tahun 2022, saya dan rakan-rakan tidak lagi menerima pulangan seperti biasa, dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Selepas lebih setahun menunggu, saya dan rakan pelabur akhirnya membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya telah menerima 400 aduan berkaitan satu skim pelaburan mata wang forex yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.

“Berdasarkan aduan, kami mendapati modus operandi syarikat itu adalah melantik broker pelaburan yang kononnya menguruskan transaksi kewangan antara pelabur dan syarikat. Broker tersebut pula akan melantik ejen pemasaran untuk mempromosikan skim pelaburan mereka.

“MHO mengesyaki tawaran skim pelaburan ini tidak sah kerana syarikat tersebut tidak mematuhi undang-undang yang diperuntukkan untuk mengawalselia syarikat pelaburan di Malaysia,” katanya.

Oleh itu, beliau meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap pelaku untuk keadilan mangsa.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articlePerahu Tambang Karam, Tiga Pelajar Hilang
Next article5 Mayat Ditemukan Dari Kapal Dinaiki Jutawan Yang Karam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here