Home Viral Mengejutkan, benda ini yang menakutkan ada dalam Tasik Titiwangsa!

Mengejutkan, benda ini yang menakutkan ada dalam Tasik Titiwangsa!

359
0

Baru-baru ini tular sebuah klip video apabila seorang individu memuat naik ‘footage’ beliau menyelam di dalam Tasik Titiwangsa sehingga kedalam 25 meter.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik akumika.wiz menunjukkan ‘footage’ beliau menyelami Tasik Titiwangsa bersama beberapa orang individu yang lain. Klip video tersebut menunjukkan beberapa “batang besi” yang besar berada di dalam tasik tersebut. Terdapat juga batu-batu yang besar di dalam tasik tersebut. Perkara yang lebih menakutkan lagi adalah beberapa batu-batu besar tersebut menyerupai wajah manusia.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka sangat kagum dengan individu-individu yang memasuki tasik yang berwarna hijau gelap tersebut. Ramai juga yang mengatakan rupa batu-batu tersebut sangat menakutkan. Ada juga yang menyuruh agar individu-individu tersebut menyelam di dalam tasik-tasik yang lain juga.

Klip video tersebut mendapat sambutan yang hangat dan mempunyai sebanyak 300K tontonan, 30K sukaan dan 600 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@raya aidilfitri: Bang, selam tasik The Mines bang. Dgr cerita ada ikan keli besar bas dlm tu & kalau kita celup klcc dlm tasik tu, klcc pun tenggelam.

@Nama Saya Mika: x boleh situ bai.. hehe, selam pkai single tank ni pun xleh lebih 40m 30m pun dh bahaya dah.. mines tu ratus meter.. kena guna kapal selam

@PenjagaMilikOrang: bang 2 tahun lepas sy ade lepas kure2 kt situ…blh tlg tgkkan x sihat ke x kure2 sy tu…klu jumpa kim slm kt dye

@azamilezzat: aku pernah jatuh dlm tasik ttwangsa tu . mmg besar ikan2 lalu

@T Y N A: Saya ada perasan muka dinasor dengan muka manusia kat batu batu tu. Maybe ilusi saya kot

@Nama Saya Mika: awk org ke3 yg ckp mcm tu

@Mikēy: Selera pulak abg turun tasik hijau ni noh

@cikpurplebutterfly: vibes dia seram ek…penah naik kenu tibe2 kenu x gerak masa tu x de org pastu dh smpi tgh tasik dah nk nages cuba kayuh2 pastu blh gerak..ish mmg ser

Sumber: Tiktok

Previous articleWarga Emas Peroleh Rm23,000 Hasil Cuci Pinggan
Next article“Klu Aku Tak Turun Mesti Dpt Teman Mama…”- Luahan Hati Anak Perempuan Kehilangan Mamanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here