Home Viral Mendera dan Memukul Anak, sekali Alasan Ibu dan Pasangan “Tomboy” Mengejutkan Ramai

Mendera dan Memukul Anak, sekali Alasan Ibu dan Pasangan “Tomboy” Mengejutkan Ramai

385
0

Beberapa hari yang lalu tularnya insiden dua orang wanita yang ditangkap oleh kejiranannya selepas didakwa mendera seorang kanak-kanak hingga mendatangkan kecederaan.

Lebih memilukan ialah salah seorang daripada dua wanita tersebut merupakan ibu kepada mangsa.

Terbaharu, seorang jiran yang dikenali sebagai Wan Noor Badri Wan Yahya, 38, memaklumkan bahawa mereka (jiran) pada awalnya hanya mahu mendapatkan jawapan sebenar terhadap apa yang berlaku.

Ini kerana, mereka mendakwa sering terdengar kanak-kanak tersebut menangis kerana dimarahi hampir setiap hari sejak sebulan yang lalu.

Namun, mereka tidak menyangka akan menjumpai mangsa dalam keadaan yang sebegitu rupa ketika membuat serbuan di rumah mangsa.

Sejak kanak-kanak itu bersama ibunya dan kenalan yang kami sangkakan ‘suami’ kepada wanita itu, dia selalu ditinggalkan berseorangan di rumah ketika mereka pergi kerja yang difahamkan di Singapura.

Kanak-kanak itu dilihat hanya dibenarkan bermain dalam kawasan pagar rumahnya, sehinggalah pada akhir Jun lalu, kanak-kanak itu terlepas bermain sehingga ke luar kawasan perumahan.

Sejak itu, kami sering mendengar kanak-kanak itu dimarahi, dipukul dan dimaki hamun. Namun, sejak dua minggu lalu, keadaan semakin teruk kerana kadang-kadang anak itu menangis sehingga tidak bersuara dan ada yang pernah nampak dia dipukul menggunakan rotan.

Bukan itu sahaja, ketika melakukan serbuan, Wan Noor Badri turut mendakwa ‘tomboy’ berkenaan masih lagi berlagak seperti seorang lelaki dan mengatakan bahawa dia memarahi kanak-kanak tersebut sebagai cara untuk mengajarnya kerana degil.

Namun, tomboy yang merupakan warga asing itu meminta maaf dan memberitahu dia memarahi Iman kerana kanak-kanak itu degil.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan memaklumkan bahawa ibu kepada kanak-kanak tersebut telah pun ditahan reman selama enam hari bermula Sabtu manakala kenalannya yang berusia 30 tahun yang juga merupakan seorang warga asing direman selama tujuh hari.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu, tularnya video memaparkan seorang kanak-kanak yang diselamatkan kejiranannya selepas dipercayai didera oleh dua orang wanita termasuklah ibunya sendiri.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari wargamaya selepas melihat kecederaan yang agak teruk di bahagian belakang badan mangsa.

Lihat klip video di bawah:

@zaimpokim♬ bunyi asal – mohdzaim

Sumber: Harian Metro, Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]

Previous articleSuara Mirip Sekali Dengan Arwah Saleem, Nyanyian Gelandangan Buat Ramai Sebak
Next articleMonyet Tumpang Naik Bot Untuk Seberang Laut, Ramai Puji Sikap Nelayan ‘Sporting’ Dengan Haiwan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here