Sebagaimana sedihnya Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meninggalkan Istana Negara, kelmarin, perasaan sama yang turut dirasai oleh rakyat jelata.
Dalam sebuah hantaran di akaun Tiktok hari ini, seorang warga Pahang berkongsi hantaran yang telah dirakam olehnya malam tadi.
Klip video tersebut menunjukkan Tunku Azizah yang sedang menyanyikan lagu bertajuk Kenangan Terindah oleh penyanyi Indonesia, Samsons, di majlis menyambut keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Nyanyian Tunku Azizah tersebut telah menarik tumpuan ramai kerana ramai yang menyatakan, Tunku Azizah seperti ibu kepada seluruh rakyat Malaysia sebelum ini. Ada juga yang turut mengatakan bahawa mereka berasa sebak melihat klip video tersebut dan aksi comel Tunku Azizah bersama Sultan Abdulullah di pentas.
Lihat klip video di bawah:
@kueyteowterbang Bakal di rindui #agong #rajapermaisuriagong ♬ original sound – kueyteowterbang
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.