Home Sedih Meluahkan Ungkapan Sedih, sekali Irma Hasmie Luah Perasaan Mengejutkan Ramai

Meluahkan Ungkapan Sedih, sekali Irma Hasmie Luah Perasaan Mengejutkan Ramai

513
0

Posting yang dimuat naik pelakon, Irma Hasmie di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini berjaya mencuri perhatian netizen.

Irma dilihat meluahkan ungkapan sedih serta doa buat semua agar dikurniakan kedamaian hati.

Mencari-cari entah di mana silapnya

Menurut Irma, dia memilih untuk menunding jari ke diri sendiri kerana yang melangkah setiap hari itu adalah kakinya sendiri. Sebagai manusia biasa, dia hanya mengikut percaturan yang telah ditetapkan oleh Allah.

Terkadang hidup cuba mencari-cari entah dimana silapnya. Ada kalanya cuba memperbetulkan sesuatu yang tak pasti. Sering ditanya mengapa membenarkan sangkaan-sangkaan yang ada. Mulai kini saya memilih untuk menunding jari ke diri sendiri, kerana yang melangkah tiap hari itu adalah kaki sendiri.

Kita hanya manusia, yang berkuasa mengatur adalah Tuhan. Pemikiran kita, sangkaan kita, penyampaian kita mana mungkin mampu sama dengan yang Maha Berkuasa. Tak apa-apa, tak layak untuk marah juga tak layak utk melawan hal apa pun. Memilih menerima seadanya. Tak lagi menghakimi dan sedar siapa diri ini dan menghormati hak setiap manusia lain yang punya jalan cerita kehidupan masing-masing.

Ujar Irma lagi, dia bukanlah manusia yang sempurna dan tak lepas daripada melakukan kesilapan. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut meminta maaf kepada semua sekiranya pernah menyakiti hati mana-mana pihak.

Sempena dengan Jumaah Mubarakah. Kerdil diri, hanya ini yang mampu dilakukan memohon ampun diriku yang pernah menyakiti dan sesiapa pun yang terluka. Terlepas kata, terkasar bahasa, segala perbuatan yang menyinggung perasan sehingga perit, sengaja mahupun tidak sengaja, baik yang terang-terangan mahupun yang disembunyikan kepada sesiapa pun yang mengenali atau tidak mengenali saya secara langsung.

Entah bila nyawa ini ditarik doaku tiada hutang hati sesama manusia. Saya sedar diri penuh hina. Kebaikan itu datang dari Allah dan keburukan adalah khilaf saya sendiri. Ikhlas saya mendoakan moga Allah mengurniakan kedamaian hati kembali untuk semua. Semoga Allah mendatangkan keajaiban dalam kehidupan bersama insan-insan yang menjadi penguat semangatmu.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Kurang Hasam Betul..” – Sufian Suhaimi ‘Sound’ Peminat Request Nyanyi Lagu ‘Tak Jadi Kahwin’
Next articleEnggan Mengambil Anak Angkat Kerana Tak Sama, sekali Achey ‘Sound’ Abang Tesla Mengenai Anak Angkat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here