Home Isu Semasa Mayat Tanpa Kepala, Kaki, Tangan Dipotong Disahkan Milik Cikgu Istiqomah

Mayat Tanpa Kepala, Kaki, Tangan Dipotong Disahkan Milik Cikgu Istiqomah

98
0

Seorang guru wanita yang dilaporkan hilang pada akhir tahun lalu di sebuah pasar raya di Johor Bahru, Johor disahkan telah meninggal dunia, dipercayai dibunuh oleh bekas teman lelakinya. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah menyatakan bahawa mayat tanpa kepala, badan, dan tangan yang ditemui di dalam tong sampah pada 31 Disember lalu telah dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 32 tahun.

“Polis telah melakukan siasatan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan pada 2 Ogos oleh Bahagian Data Bank/ DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah ke atas ibu kepada wanita yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023 di Johor, mendapati ia sepadan.”

“Melalui risikan yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Melaka dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Johor, sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun telah berjaya ditahan di Chemor, Perak,” katanya ketika dihubungi di sini.

Pada 6 Januari lalu, Astro AWANI melaporkan seorang wanita dibunuh dengan kejam apabila mayatnya ditemui disumbat ke dalam tong sampah dan dibuang ke dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka, pada 31 Disember lalu.

Lebih memilukan, bahagian kepala, tangan, dan kaki mayat wanita yang dianggarkan berusia 20 hingga 30-an tidak ditemui di lokasi dan dipercayai telah dipotong. Menurut Ashari, siasatan terhadap dua individu yang ditahan telah membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa, termasuk tulang jari dan kepala, di kawasan sekitar enam kilometer dari lokasi penemuan mayat.

“Mangsa ini mempunyai tiga orang anak dan dipercayai suspek lelaki memang mengenali mangsa, manakala isterinya tidak mengenali mangsa. Kedua-dua individu yang ditahan telah direman selama tujuh hari bermula 6 Ogos, dan pihak polis akan memohon sambungan reman terhadap suspek lelaki hari ini,” jelasnya.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di talian 06-5562222. Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat ASP Norehan Omar di talian 010-4064003.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleRemaja Maut Ketika Berselfie, Kepala Terput*s
Next articleSuspek Tikam Dua Wanita di Tandas Surau Sekolah Agama di Kelana Jaya Ditahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here