Pelawak dan penyampai radio, Ajak, menunaikan janji apabila memberikan peti televisyen miliknya kepada sebuah keluarga yang juga ma.ngsa ba.njir di Jelebu, Negeri Sembilan.
Ajak sebelum itu yang turun padang mengagihkan sumbangan daripada orang ramai di kawasan tersebut, sempat meluangkan masa bersama beberapa penduduk terj.ejas.
Salah seorang warga emas sempat memberitahu Ajak mengenai keadaan rumahnya yang dite;nggelami air termasuk televisyen yang hilang kerana h;anyut.
Bersimpati dengan nasib mereka, Ajak kemudiannya berjanji untuk membawa televisyen kepada mereka.
View this post on Instagram
Tidak menghampakan warga emas tersebut, Ajak telah menc;abut televisyen miliknya di rumah, demi menunaikan janji.
Dia kemudiannya kembali bersama isteri dan pasukannya ke rumah warga emas tersebut untuk menyerahkan televisyen kepada mereka.
Selain itu Ajak turut membawa beberapa barangan keperluan hasil sumbb;angan orang ramai untuk diagihkan kepada man;gsa ba;njir yang terke;san.
Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Ajak yang merupakan antara selebriti terawal turun padang membantu mangsa banjir di beberapa buah kawasan terjejas.
Sumber: Gempak