Ahli keluarga kepada mangsa sembilan beranak yang lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman pada 1 Julai lalu berharap jasad, Putri Nor Fatin Karim, 14, segera ditemui.
Semalam, barang-barang milik mangsa Fatin ditemui. Para bomba yang membuka beg dompet milik mangsa kepala air tersebut, menunjukkan gambar-gambar ahli keluarga yang berada di dalam milik mangsa tersebut. Ramai yang sebak melihat kandungan yang ada di dalam dompet yang telah berlumuran lumpur akibat tenggalam di dalam dasar sungai tersebut. Gambar-gambar yang dijempui di dalam beg dompet tersebut buat ramai berasa hiba.
Nenek kepada mangsa, Halimah Kasim, 63, berkata, mereka sekeluarga mahu jasad cucunya itu dapat disemadikan bersama ahli keluarganya yang lain.
“Walau selama mana pun kita akan tunggu. Kalau boleh hendak juga jasad cucu saya itu ditemui dan dibawa balik untuk kebumikan bersama ibu, ayah dan adik beradiknya,” katanya ketika ditemui di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3, di sini pada Isnin.
Sementara itu, datuknya, Eiyi Johari berkata, ahli keluarga akan terus melakukan solat hajat bagi memudahkan urusan pencarian cucunya itu.
“Selagi tidak jumpa, selagi itu kami sekeluarga akan melakukan solat hajat dan tidak putus berdoa.
“Kami juga akan bergilir ke lokasi kejadian. Hari ini (Isnin) ada seorang cucu berada di sana. Mungkin esok saya dan anak juga akan ke sana bagi melihat keadaan,” ujarnya.
Dalam pada itu, mereka sekeluarga merakamkan rasa terharu dan sebak atas kesudian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sudi mencemar dulu melawat mereka.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3 itu disambut ahli keluarga mangsa selain baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa.
Tujuh jenazah ahli keluarganya iaitu Azizah Eiyi, 40; Karim Abdullah, 38; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.
Jenazah kelapan, Putri Alleya Maisarah, 16, pula dikebumikan pada keesokan harinya manakala mangsa kesembilan, Muhammad Fikri Saliman, 24, pada Sabtu lalu di Batu Pahat, Johor.
Lihat klip video di bawah:
Lihat siaran ini di Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@Araachan ❀: fatin, baliklah kami nak lengkapkan semua, nak temukan dekat sana nanti baliklah fatin:) yaallah permudahkan lah urusan mereka 😢
@zura: Sebaknye🥺empunya brg pon da slmt kembali k dunia abadi😢
@markonah: beg dompet lama dalam sungai dgn kuasa Allah beg gmbar kad dn lain2 xrosk .. al-fatihah 😢
@(◔◡◔) 🅰🅽🅴🆂🆂 🅼🅰🅸🆁🅰🅷: 🥺🥺🥺🥺duhai bidadari syurga dimana kah kamu..timbul lah sayang..ramai yg mencari mu..semadilah disebelah keluarga mu..Ya Allah permudahkan🤲
@ct eja🥰 (tieshaiman): ya Allah kau permudahkan pencarian jasad adik fatin ni keluarga dah tunggu lama di alam sana 😢utk di semadikan dgn sempurna,kun fah yah kun😢
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.