Baru – baru ini Mas Hidzhir Khan bin Mas Fadzillah Khan atau lebih dikenali sebagai Mas Khan ada berkongsikan satu ‘posting’ di Instagram miliknya berkenaan dengan kakayaan yang dimilikinya pada tahun ini.
Jana Pendapatan 10 Juta Pada Umur 28 Tahun
Mas Khan yang lahir pada 10 April 1994 berkongsikan kekayaan yang dimilikinya pada usia 28 tahun. Dalam perkongsian tersebut dia menyatakan pulangan wang yang diperolehinya dalam masa 6 jam sebanyak $10,000.00 apabila menyertai ilmu perdagangan.
View this post on Instagram
Memberi Nasihat Melabur
Bukan itu sahaja, dia yang terkenal menerusi watak Inspektor Kamal dalam drama Gerak Khas turut berpesan kepada pengikutnya untuk mula belajar melabur untuk diri sendiri dahulu.
Jadi moral cerita, jika anda tidak boleh melabur dalam diri anda, anda tidak boleh memenangi permainan yang lebih besar
View this post on Instagram
Ramai Yang Memuji
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai yang kagum dengan apa yang telah dimiliki oleh Mas Khan dan ada juga yang memuji mengenai usahanya selama ini. Sekadar makluman, sebelum ini terlihat Mas Khan berkongsikan kepada umum di Instagram Forexcartelmy mengenai pelaburan yang disertainya.
Sumber: IG maskhan_