Menerusi konsert Famili Dua minggu ketujuh pada malam tadi, juri tetap iaitu Mas Idayu mengambil keputusan untuk tidak memberikan komen terhadap persembahan para peserta yang bertanding pada malam ini. Pengumuman tersebut dilakukan oleh Ajai iaitu salah seorang juri tetap rancangan tersebut. Beliau mengumumkan keputusan Mas Idayu tersebut sebelum memulakan komen terhadap persembahan pertama yang diberikan oleh Siti Saida dan Siti Sairah.
“Saya ada pengumuman malam ini, Mummy tidak akan komen apa-apa hari ini. Sebab beliau risau komen yang akan diberikan disalah erti. Saya hormat keputusan beliau,” Kata Ajai.