Poklip tak faham dengan mentaliti segelintir warganet yang tak sudah-sudah mengec4m dan mengutvk legenda kita, Norlia Ghani. Ada sahaja yang kalian kec4m.
Yang terbaharu, Norlia dikatakan terged1k-ged1k mahu berlakon lagi walaupun usianya sudah tua ganyut.Eh, kenapa pula dia tidak boleh berlakon? Apa salahnya?
Yang mengec4m dan mengutvk itu ada buat tabung derma untuk Mama Norlia ke? Yang boleh dia buat beli makan, minum dan tampung kehidupan sendiri kalau tidak berlakon?
Tetapi paling mengejutkan Poklip adalah kec4man itu datang daripada kalangan selebriti kita juga. Apa yang tak puas hati sangat ya?
Poklip ada menghubungi Mama Norlia. Dia sebolehnya tidak mahu membuka mulut siapa gerangan si polan itu.
Tetapi korek punya korek, Poklip dapat tahu dia seorang pelakon dan paling penting, bertudung labuh!
Ha, tak semua yang kita nampak baik di media sosial itu, hatinya sama suci ya. Kadang-kadang isu ini buat kita tertanya, propakah mereka? Tuhan sahaja tahu.
Tapi Mama Norlia yang Poklip kenal memang baik. Dan kalau bukan sebab duit sekali pun, dia berlakon kerana cinta dan minatnya. Jadi di mana salahnya dia berlakon di usia menjengah ke angka 73?
Di kala ada segelintir pemain industri yang merendah-rendahkan pelakon berusia, janganlah kita sebagai peminat turut sama. Kita sepatutnya berbangga mempunyai barisan veteran yang hebat-hebat.
Kita sibuk membanding-bandingkan industri seni kita yang kononnya masih jauh untuk dibanding dengan Hollywood dan Hallyuwood. Tetapi dalam pada masa sama, menutup peluang dan minat penggiat seni.
Kalau di negara luar, anak seni veteran diangkat, disanjung. Namun malangnya, kita seperti menidakkan mereka. Dikatakan tak cantik lah, tergedik lah. Semua itu bukankah seperti menutup rezeki mereka?
Diharapkan, ramai penggiat seni yang senada dengan Poklip. Malah untuk kita semua, ayuh buang jauh persepsi dan mentaliti sebegitu. Kita raikan kepelbagaian, tidak kira apa jua!
“Produksi ikut permintaan hero dan her0in… bayaran kami dikurangkan” – Norlia Ghani
KATA-KATA neg4tif yang menganggap dirinya sudah tua untuk berada di set penggambaran tidak mematahkan semangat Norlia Ghani untuk terus menerima tawaran.
Norlia atau nama sebenarnya Norlia Ghani Abdul Hamid, 73, berkata, umur bukan penghalang untuk dia terus mencari rezeki dalam bidang itu selagi kesihatannya mengizinkan.
“Memang ada mulut-mulut yang kata sudah tua-tua pun masih terged1k-ged1k lagi.
“Kalau dengar cakap orang boleh jatuhkan semangat, ibarat mereka yang tentukan hidup saya. Saya tak pernah ambil peduli semua itu.
“Sekarang ini saya hanya mahu cari rezeki. Tuhan beri saya kebolehan untuk berlakon, apa salahnya untuk terus melibatkan diri dalam dunia seni.
Masih aktif berlakon, Norlia seronok bertemu rakan-rakan di lokasi
“Saya mula berlakon sejak 1968, hidup saya dah biasa dengan produksi,” ujar Norlia kepada mStar.
Norlia Ghani ditemui dalam sebuah majlis meraikan artis veteran anjuran Dulang Cafe di Danau Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, Norlia yang sudah berkecimpung dalam kerjaya ini selama 54 tahun meluahkan rasa terkilan dengan cara kerja produksi sekarang yang tidak meletakkan had masa bekerja.
Bukan saya demanding, tetapi perlulah berpatutan
Katanya, masa penggambaran yang terlalu panjang antara faktor yang diambil kira jika menerima sesuatu tawaran.
Selain itu, kata Norlia, bayaran yang tidak setimpal untuk golongan pelakon seusiannya juga tidak pernah dipandang serius bagi pihak produksi.
“Dahulu kami bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Sekarang ini kalau boleh bermula pagi hingga ke pagi esoknya. Memang tak larat.
Dulang Kafe meraikan artis-artis veteran baru-baru ini
“Saya terima tawaran apabila watak bersesuaian dan bayaran yang setimpal.
“Ada yang memberi tawaran tetatpi bayaran sedikit kerana mereka anggap pelakon lama seperti saya akan terima sahaja disebabkan tiada job lain.
“Disebabkan mereka ikut permintaan hero dan her0in, bayaran untuk pelakon lain dikurangkan. Mana boleh begitu. Kita sama-sama berlakon, bukan saya datang hanya duduk di lokasi.
“Bukan saya demanding, tetapi perlulah berpatutan. Jika kerja tidak ikhlas, nanti tak menjadi hasilnya,” jelasnya.
sumber: utusan