Home Hiburan “Lain Benar Lofa Sekarang,” – Neelofa Habis Pantang, Ramai Tumpang Gembira &...

“Lain Benar Lofa Sekarang,” – Neelofa Habis Pantang, Ramai Tumpang Gembira & Pakat Bagi Emoji ‘Love’

224
0

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi sekeping fotonya di Instagram yang mencuri perhatian wargamaya.

Tampil kasual sambil mendukung anak lelakinya dalam balutan anduh hitam, isteri kepada Haris Ismail atau PU Riz ini turut memaklumkan dia sudah pun selesai menjalani tempoh pantang.

D818D118 EB10 4841 AF19 CA3ECD6CA35769C20B8C 2EF9 40C0 BE80 3DB0FE606E3A

“Selesai pantang Alhamdulillah, jumpa doktor kejap,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Serentak dengan itu, rakan artis dan peminat turut memberikan komen terhadap perkongsian figura asal Kelantan itu.

Kebanyakannya meninggalkan emoji ‘love’ dan tidak kurang yang tumpang gembira melihat perkembangannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)


Ini antara komen yang tertera ;

“Lawa even dalam pantang.”

“Lain benar Lofa sekarang.”

“Alhamdulillah. Nanti Ummi tunjuklah wajah Bilal.”

“Simple je tengok, masyaAllah. Look so cute Neelofa.”

“Alhamdulillah, syukur.”

Sehingga kini, entri berkenaan menerima lebih 125,000 tanda suka.

Terdahulu, ibunya Datin Noor Kartini menerusi media sebelum ini memaklumkan, dia kerap menziarahi anaknya itu ketika dalam fasa pantang.

“Neelofa berpantang di hospital selama seminggu, kemudian balik rumah saya lebih kurang seminggu. Sekarang ini, dia berada di rumahnya sendiri.

“”Saya faham apabila dalam pantang, kita mahu duduk di rumah kita kerana lebih selesa. Jadi, setiap hari saya ke rumahnya. Walaupun Neelofa sudah ada pengalaman menjaga anak-anak saudara, tetapi ia tidak sama apabila alami sendiri. Masih banyak perlu belajar.

“Sebagai ibu, saya kena selalu berpesan memakai stoking tebal-tebal, duduk melunjur dan banyak lagi. Memang selalu kena ingatkan. Kita mengandung sembilan bulan dengan berpantang satu bulan, jauh bezanya. Tempoh berpantang adalah masa yang kritikal,” katanya.

380B4013 5243 4782 9E64 65A1A8127B59B1605423 242F 4127 B8DC C5BE5BC72BC1A39C0A63 B83A 42F9 BDB9 B2F32BC19FFD

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu dan mereka selamat sambut cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu.

Sumber: MH

 

Previous articleLepas Viral Dikatakan Atu Zero, Akhirnya Trbongkar, Ramai Tk Sgka Selebriti Ini Dlm Maskot Periuk kera- “Perhh ni legend..”
Next article“Tak sombong langsung”-Dilihat pegang perut, Uqasha Senrose & Kamal Adli jadi tumpuan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here