Pelakon Fatin Afeefa baru-baru ini ada berkongsi pandangannya mengenai ibu bapa yang membawa anak kecil menggunakan ‘stroller’ ke bazar Ramadan.
Fatin menerusi status yang dimuat naik ke Instagram Story menyatakan bahawa ibu bapa berhak untuk membawa anak-anak mereka ke mana sahaja.
Kata pelakon filem Tentang Bulan itu lagi, orang yang belum berkahwin dan tidak mempunyai anak mungkin tidak memahami kerana masih belum merasai kebahagiaan mempunyai zuriat.
“Korang belum ada anak lagi, bolehlah cakap macam tu. Parents ada hak nak bawak anak kecil pergi mana-mana sekalipun…”
“Biarlah anak kecil tu bersesak-sesak, kepanasan, bahang, berpeluh, terdedah dengan virus, sesak nafas bau asap-asap dekat bazar tu. Kita yang dah tua bangka ni pun sesak nafas kadang-kadang berhimpit dekat bazar tu…”
Sebelum ini, tular mengenai aduan sesetengah pihak yang merasakan ibu bapa tidak patut membawa anak-anak yang masih bayi kerana persekitaran yang tidak selamat untuk si kecil.
Selain itu, kami kongsikan artikel lain yang sedang trending pada pautan di bawah.
Lihat klip video di bawah:
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.