Menerusi satu perkongsian dari salah seorang selebriti terkenal, Fazley Yaakob yang terasa bahawa warga netizen terlalu pelik kerana terus terusan mengecam keluarga beliau dan barisan artis yang lain. Beliau menyuarakan pandangan beliau setelah sekian lama berdiam diri dan kini beliau menyuarakan kerana para netizen sudah mula menghentam isteri kesayangan beliau kerana cara pemakaian isteri beliau. Kenyataan beliau mendapat perhatian ramai kerana beliau tidak menutup gerangan mereka yang menghentam isteri beliau di dalam aplikasi Instagram dan pelbagai komen dan ulasan diberikan pada perkongsian tersebut.
Perkongsian beliau pada ketika ini berkenaan isteri kesayangan beliau yang teruk dihentam akibat memakai subang pada hidung dan bukan pada telinga. Hentaman yang diberikan kepada isterinya membuatkan beliau emosi dan terus memuatnaik komen tersebut sebagai perkongsian beliau dengan menyatakan beberapa perkara yang membuatkan beliau mendapat sepenuh perhatian dari para netizen. Beliau menyatakan agar para netizen mencerminkan balik diri sendiri sebelum terus menghentam keluarga beliau dan barisan artis yang lain kerana risau perkara yang dihentam itu berbalik kepada diri sendiri.
Pelbagai komen diberikan seperti:
“first time i nampak you bls komen harshly…sabar ada limitnya..”
“Kdg2 bagus jgk nasihat utk kebaikan bersama”
“Setuju. Mereka rasa mereka blh komen apa sahaja tanpa mengira perasaan org lain.”
“da level setaz setazah jadian ni- sedara sendiri tak ditegur, org awam je harem haremm!! Sibbaik saya bukan selebriti”
“Mungkin dato boleh kaji sikit hukum hakam pakai piercing di hidung ni.”
“Saya pun pakai nose piercing. Tak salah pun untuk cantik diri sendri.. semak aje yang komen tu”
“netizen rasa mereka 100% perfect dato that’s why so easy je nak kata orang itu ini..i think mereka ada express pass masuk syurga kot nanti that’s why so easy ckp orang this and that”
“Sape makan cili dia rasa pedas…kadang2 kita tak perasan yg sebenarnya “isi” nasihat itu yg perlu diambil…bukan “cara” dan “siapa” yg memberinya”
“Setuju..klu x selesa pon lebih baik diam simpan dalam² hati .sebab kita pon x la rapat mana dgn org yg kita nak tegur tu…tahu sedara sesama islam..dlm islam pon ada ajar cara nak menegur..boleh dm ke..so , sy ttp setuju apa yg Dato’ fazley ckp ni”
“Kadang2 perlu jugak tunjuk mcm neh. Org yg suka komen neh kdg2 hati dia terlampau negatif sgt Semua benda xboleh. Seolah2 dia tu maksum sgt . Selamat hari raya Dato Fazley dan Datin Azreen family semua. Mohon ampun dan Maaf zahir dan batin”
Melalui perkongsian beliau juga, beliau juga berkongsi sedikit nasihat pada semua untuk tidak peduli jika perkara begini terus terusan berlaku pada keluarga sesiapa kerana kelakuan netizen pada ketika ini terlalu sibuk mencari kesalahan orang lain sehinggakan lupa akan kesalahan sendiri. Beliau juga tidak menyangka bahawa netizen pada ketika ini seolah olah seperti ahli syurga yang tahu segala hukum hakam agama dan beliau berharap mereka yang terkena seperti beliau untuk terus ‘delete’ dan ‘block’ orang sebegini.
Jnagan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram