Home Isu Semasa “Kmi kenal dri tingkatan satu lgi..”- Wanita Kongsi Kisah BFF Prahsia &...

“Kmi kenal dri tingkatan satu lgi..”- Wanita Kongsi Kisah BFF Prahsia & Janji Tk Nk kahwin!, Tibe-Tibe..

281
0

MEMANG benar, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Walau sedaya upaya manusia cuba merencana masa depan termasuklah soal perkahwinan, namun siapalah kita untuk menidakkan perancangan yang Maha Esa.

Demikianlah juga situasi tiga sahabat baik ini yang pernah ‘melafaz janji’ untuk tidak berkahwin beberapa tahun lalu.

Namun siapa sangka salah seorang daripada mereka bertemu jodoh dan sudah pun selamat bergelar isteri orang!

“Member janji tak nak kahwin, tiber (tiba-tiba) dia yang kahwin dulu,” demikian kapsyen pada video yang dimuat naik di TikTok yang kini meraih lebih daripada 235,000 jumlah tontonan.

Menurut Syahirah Riffin, 25, video tersebut bertujuan mahu mengimbas momen-momen istimewa bersama rakan baiknya, Wan Syakirah Alia, ketika zaman belajar sehinggalah detik wanita itu diijabkabulkan pada 5 September lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kami sememangnya kenal dari tingkatan satu namun mula rapat ketika berada di tingkatan tiga sewaktu menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Terengganu sebab sama dorm dan kelas.

“Walaupun selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kami terpisah kerana Syakirah dapat ke matrikulasi dan saya pula asasi, kami tetap contact hari-hari. Takdir Allah, kami dapat lanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Memang makin rapatlah.

bff kahwin 1

Yaya (tengah) ketika hadir meraikan hari bahagia Syakirah (kiri).

“Video yang konon-konon ‘melafaz janji’ tak nak kahwin tu sebenarnya saja-saja je buat dengan seorang lagi sahabat. Biasalah, zaman belajar… kita seronok habiskan masa dengan kawan dan kalau boleh nak rapat sampai bila-bila.

“Saja je nak imbas balik momen tu ketika Syakirah diijabkabulkan 5 September lalu dan dia beri kebenaran nak post. Memang tak sangka boleh viral… tergelak-gelak bila ingat balik waktu dulu,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut kisah persahabatan mereka, Syahirah atau lebih senang disapa Yaya berkata, sepanjang mereka bersahabat, Syakirah tidak pernah berkongsi mengenai kisah cintanya dan agak ‘perahsia’.

bff degree

Yaya (kanan), Syakirah (dua dari kanan) ketika sama-sama menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Syakirah seorang yang ‘private’, kita takkan tahu dia ada ‘seseorang’. Sebenarnya, suaminya itu adalah lelaki yang sudah dia kenal lama… saya tahu perkenalan mereka cuma tak tahu mereka bercinta.

“Hinggalah sekitar Oktober tahun lalu, Syakirah ‘pecah khabar’ beritahu dia nak kahwin. Jujurnya saya sebak sebab sahabat yang kita rapat bakal menuju ke alam perkahwinan.

“Kali kedua saya sebak, apabila tibanya hari dia diijabkabulkan. Sebak tengok dia lengkap dengan busana serba putih dengan wajah berseri sebab tak pernah tengok dia ayu dan cantik macam tu,” katanya yang kini pekerja sektor swasta di Terengganu.

Kami sekepala dalam apa jua perkara. Saya hanya ada ‘circle’ sahabat kecil yang saya rapat dan percaya dan salah seorangnya adalah Syakirah.

SYAHIRAH RIFFIN

Bercerita mengenai perwatakan sabahat baiknya itu pula, Yaya menyifatkan Syakirah sebagai seorang pendengar yang baik dan individu yang sangat dipercayainya.

“Kami sekepala dalam apa jua perkara. Saya hanya ada ‘circle’ sahabat kecil yang saya rapat dan percaya dan salah seorangnya adalah Syakirah. Boleh luah masalah atau apa saja tanpa ragu.

“Dia beritahu, walaupun dia dah berkahwin tapi persahabatan kami tak berubah. Memang betul… baru-baru ni ayah saya dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), dialah beriya-iya nak datang melawat. Dia memang baik dan sangat concern macam dulu,” katanya.

bff grad

Yaya dan Syakirah meraikan hari graduasi masing-masing bersama-sama.

Tidak menyangka videonya menjadi tular, Yaya meluahkan rasa terharu dengan komen positif netizen mengenai persahabatan mereka.

“Ada yang terkesan dan turut sebak bila saya throwback gambar-gambar lama kami. Apa yang cuba saya sampaikan, ciptalah seberapa banyak kenangan dengan sahabat… rugi kalau dibiar berlalu tanpa kenangan yang dirakam.

“Dan bagi saya, persahabatan ini bukan mengenai bilangan. Tak semestinya kena ramai, cukuplah kalau ada dua tiga orang yang paling kita percaya dan selesa. Biarlah sedikit tapi berkualiti,” katanya lagi.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : mstar

Previous article‘Rumah Ajaib’ Selamat Dari L4va Di Kepulauan Canary
Next article“Sy sedang brtarung..” Tolong Jgn Takutkn Pesak!t Mcm Sy, Elyana Rayu Minta Tolong Orang Ramai Yg..
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here