Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah merupakan seorang penyanyi, pencipta lagu, pelakon, ahli perniagaan dan penerbit rakaman terkenal dari Malaysia. Beliau merupakan anak kepada penyanyi terkenal 80-an iaitu Amir Amzah Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan ND Lala.
Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik 3tambahsatu menunjukkan Shila yang sedang meluahkan perasaannya mengenai hubungan-hubungannya sebelum ini. Klip video tersebut menunjukkan Shila yang mengatakan bahawa beliau tidak mempercayai “peluang kedua”.
“Allah dah pernah bagi kita peluang untuk together, tapi takda jodoh,” Katanya.
Shila juga mengatakan bahawa “peluang kedua” lebih menyakitkan daripada peluang pertama.
“Saya tidak percayakan peluang kedua dalam hubungan percintaan, tapi kalau untuk keluar dan persahabatan boleh difikirkan,” Katanya lagi.m
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Shila tersebut. Ramai juga yang mengatakan peluang kedua adalah permulaan kepada peluang ketiga dan seterusnya. Ada juga yang mengatakan bahawa perubahan manusia bukan senang untuk diberikan peluang kedua.
Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 300K tontonan, 20K sukaan dan 100 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@peaceandheaven: Allah dah bagi Kita peluang ketika itu tetapi tiada jodoh. move on is better than to take the risk to start it all over again.
@Muhd Nuraiman: true. jgn bg dia membuat luka lama berdarah kembali.
@Nur: Samaa!!sy pun takkan bg 2nd chances. Sbb pmpn akan bertahan slgi boleh and always give chances tp once move on mmg NO 2nd chances dahhh
@DheeyaLeen: yes penah jadi bodoh bg peluang kedua dan terus hidup degn kbdohan itu , akhirnya berpisah jalan yang terbaik
@shamsulabdulmalek: Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya; maka pilihlah wanita yang taat beragama, niscaya eng
@(null): Betul, long term kalau ko rasa benda tu takde kebaikkan better gerak je
@IamZUAN88: Setuju.. tiada peluang kedua ketiga. Sebab nak ubah manusia bukan senang.
Sumber: Tiktok, Wiki