Home Kehidupan Kereta Sewa Dibawa Lari, Minta Deposit Rm1,500 Dan Jual Kpda Org Lain

Kereta Sewa Dibawa Lari, Minta Deposit Rm1,500 Dan Jual Kpda Org Lain

228
0

Kebiasaannya apabila kita menyea kenderaan, selepas habis tempoh masa kita wajib pulangkan balik kenderaan tersebut kepada tuannya yang asal. Namun kisah ini lain pula yang berlaku kepada seorang pengusaha perkhidmatan lereta sewa di Bukit Beruntung, Selangor baru-baru ini.

Kisah ini berlaku pada tahun 2021 di mana seorang lelaki telah menyewa kenderaan produa Axia miliknya sejak 12 Mei lepas namun kemudian tidak dipulangkan semula dan dipercayai dibawa lari.

Muhammad Nizamuddeen Mohd Abd Kadzar, bersyukur kerana kereta Perodua Axia nya yang dilarikan oleh penyewa tersebut berjaya ditemukan semula selepas kisahnya ditular di media sosial. Daripada maklumat orang awam, beliau mengetahui kenderaannya itu didapati berada di Tanah Merah, Kelantan. Beliau dan adiknya kemudian bergegas ke Tanah Merah sekitar jam 5 pagi pada hari Jumaat dan berjaya mengesan kenderaan itu sekitar jam 11 pagi.

Nizamuddeen mengatakan :

“Kenderaan tersebut tidak dipandu oleh penyewa asal, sebaliknya oleh seorang lelaki berusia 40 tahun yang mendakwa telah membeli kereta itu dengan bayaran deposit sebanyak Rm1,500.”

Baca lagi: Sambil Layan Jem, Sambil Kongsi Kuaci Dgn Kereta Sebelah

Baca lagi: “Akak Tak Salah, Kereta Yang Salah” – Kereta Terbang Masuk Parit, Semua Selamat

sinetronmalaya.com Kereta Sewa Dibawa Lari Minta Deposit Rm1500 Dan Jual Kpda Org Lain eee

Nizamuddeen mengatakan lelaki yang memandu kenderaannya dimaklumkan bahawa kereta beliau itu ‘kereta sakit’ dan akan menyambung bayaran ansuran selepas urusan dokumen kenderaan itu diperoleh daripada pihak yang menjual kereta berkenaan. Kenderaan itu juga telah diubah suai kepada cermin gelap selain nombor plat kenderaan juga ditukar kepada saiz kecil.

Oleh itu, penyewa asal pula tidak dapat dikesan namun dipercayai masih berada di sekitar Kelantan bersama anak perempuannya. Kenderaan tersebut juga telah dibawa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan dan akan dibawa pulang selepas urusan berkaitan selesai.

sinetronmalaya.com Kereta Sewa Dibawa Lari Minta Deposit Rm1500 Dan Jual Kpda Org Lain www

Apa yang diperkatakan oleh beliau, kenderannya turut mempunyai sistem kedudukan global (GPS) tetapi sudah tidak berdungsi dan dipercayai telah dicabut oleh penyewa asal itu sebelum menjualnya kepada orang lain.

Beliau juga berasa bersyukur kerana temui semula kenderaannya dan beliau harap pengusaha kereta sewa lain lebih berhati-hati bagi mengelak insiden yang sama menimpa mereka.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous articleStarbucks Menawarkan Promo Beli 1 Percuma 1 Untuk Semua Frappuccino Setiap Khamis
Next articleAzhar Sulaiman marah Sophia Albarakbah difitnah besar dilabel pelac*r
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here