Tiga maut, seorang cedera parah setelah Proton Wira yang dinaiki oleh empat sahabat terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Renggam, Simpang Renggam di sini, tengah malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Shoromi Salih, berkata Mohamad Ziyad Azmi, Ahmad Manan Zaini, dan Muhamad Adib Ahmad Shahfarin, semuanya berusia 21 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata, mangsa yang cedera parah, Nor Aminul Fitri Nor Azmi, juga berusia 21 tahun, telah dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.
“Bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada 11.45 malam dan jentera sampai ke lokasi pada 11.47 malam…”
“Semua mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas…”
“Pemandunya tidak dapat disahkan kerana keadaan semua mangsa bertindih ketika ditemukan pasukan bomba…”
Beliau menyatakan operasi yang melibatkan 14 anggota itu berakhir pada pukul 1.13 pagi.
Sumber: Portal
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.