Home Viral “Kepada Budak Lelaki Tu, Apa Yang Dia Nak Dapatkan Sedangkan Dia Tahu...

“Kepada Budak Lelaki Tu, Apa Yang Dia Nak Dapatkan Sedangkan Dia Tahu Bella Tu isteri Orang…” – Aliff Aziz

277
0

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz mengakui dia amat terkejut apabila mengetahui tentang hubungan yang terjalin antara isterinya, Bella Astillah, dan pelakon, Muaz Zabir.

Dalam wawancara bersama The Common Folks, Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz menyatakan bahawa dia hanya mengetahui tentang hubungan tersebut pada 13 November 2023 selepas membaca perbualan mesej antara Bella dan Muaz.

“Pada tahun lepas 13 November 2023, di mana sesuatu yang besar telah berlaku dalam hidup saya. Itu adalah hari di mana saya dapat tahu berkaitan isteri saya…”

“Pada hari itu, saya tak boleh tidur. Tiba-tiba datang satu rasa nak buka phone Bella. Saya jumpa archived chat dan saya terkedu, tak tahu nak react macam mana…”

Aliff menerangkan lebih lanjut bahawa beberapa bulan sebelum itu, keadaan rumah tangganya masih baik walaupun Bella sudah menunjukkan perubahan.

“Tapi saya ada rasa perubahan pada karakter Bella di rumah beberapa bulan sebelum saya dapat tahu berita tu. Kurang masa di rumah, shooting dan sebagainya…”

“Kepada budak lelaki itu, apa yang dia nak dapatkan sedangkan dia tahu Bella tu isteri orang…”

Walau bagaimanapun, Aliff menganggap peristiwa itu sebagai satu bentuk balasan buat dirinya, selain dia perlu merasai kekecewaan yang sama seperti yang dirasai oleh Bella disebabkan oleh perilakunya sebelum ini.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Youtube

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Hubungan Mulai Retak Selepas Bella Kantoi Curang Bulan 11. Tapi Aku Anggap Ini Kifarah..” – Aliff Aziz
Next article“Dia Sebenarnya Sebaik-baik Manusia, Dia Tidak Pernah Tinggal Solat Tahajud…” – Nabil Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here