Baru-baru ini tular nama pengarah terkenal Syamsul Yusof apabila video pendedahan beliau mengenai rumah tangganya dimuat naik di laman Instagram. Syamsul Yusof yang mengatakan bahawa beliau telah berkahwin untuk kali kedua bersama Ira Kazar.
Menerusi satu klip video di akaun Tiktok jusjeay menunjukkan Johan dan Zizan yang sedang membuat persembahan di Maharaja Lawak musim pertama yang telah melakonkan watak Syamsul Yusof dan bapanya iaitu Yusof Haslam. Klip video tersebut menunjukkan Zizan yang melakonkan watak sebagai Syamsul yang telah dimarahi oleh Johan yang melakonkan watak bapa kepada Syamsul sedang memarahi Syamsul yang sering mabuk apabila pulang ke rumah.
Rata-rata netizen mengatakan bahawa Johan dan Zizan lah yang memulakan gelaran “Sol” sebelum ianya tular sekarang. Ramai juga yang mengatakan bahawa Zizan dan Johan pandai membuat ‘storyline’ yang spontan dan sangat mudah membuat penonton terhibur. Ada juga yang mengatakan bahawa macam kena sahaja watak ‘queen control’ dengan Ira Kazar.
Klip video tersebut mempunyai sebanyak 400K tontonan, 10K sukaan dan 300 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@3015: Sol- suami org lain
@KhaizamBoss: waktu ni sol.. baru belajar mabok kot sbb membojan dan merempit line x clear ops banyak..hehe
@atiqah.faizulzaman: Gais diorang ni la asal usul “sol sol sol” kan
@jeffrey: Cuba buat rancangan tv legend maharajalawak sepah jozan nabil semua yg lame lame fight balik mesty best ooo
@samsulmamukitchen: time balik mabuk la jumpa IRA kot hahahahahhahha
@Bernadette Ashley: dulu solsol ni selalu ke Kuching di Queens Arm untuk party. selalu jer kiter tengok dia sana zaman muda2 dulu. sanggup ohhh fly ke Kuching hanya untuk party
@ma_ton: kita doa yg baik2…kesian ibu dan ayahnya…jgn kita pulak yg panjangkan skrip klga mrk
@PanggauLibau: Janganlah perlawakkan kehidupan keluarganya.bukan senang bapak dia hadapi keadaan sekarang dgn sikap ank yg tak dengar cakap.
Sumber: Tiktok