Home Viral “Kau Nak Boikot Tapi Aib Kan Orang Lain…” – Michael Ang Mengamuk...

“Kau Nak Boikot Tapi Aib Kan Orang Lain…” – Michael Ang Mengamuk Dengan Isu Terpaling Boikot

520
0

Pengarah dan penerbit, Michael Ang mengkritik tindakan beberapa individu yang merekam dan mengutuk mereka yang tidak memboikot produk dari Israel. Dalam hantaran di Instagram (IG), Michael menyatakan bahawa melabel individu yang tidak memboikot sebagai tidak sensitif terhadap isu peperangan di Palestin adalah tidak pantas.

“Tengok dekat TikTok meriah orang-orang buat video dan post pasal kaum muslim masih makan dekat restoran yang si perakam nak boikot…” – Katanya

Sementara itu, Michael juga menuduh bahawa ada sebahagian individu yang menggunakan bahasa kasar semasa menulis kapsyen di platform media sosial.

“Serius, perlu ke buat macam tu? Kau nak boikot kau boikot la kenapa nak buat video macam buka aib yang makan tu? Dan kapsyen bahasa lagi sial daripada orang Israel…” – Katanya

Pengarah filem Kimchi Untuk Awak menyatakan bahawa hak setiap individu untuk memilih memboikot sesuatu jenama sepatutnya dihormati, sambil menggesa agar tindakan melampau dihentikan.

“Mana kau semua tahu mereka tak sokong Palestin dan mereka tak buat apa-apa untuk Palestin? Berhentilah nak tunjuk kau tu macam ‘ter’ Palestin sekali….” – Tambahnya

“Kalau aku orang dalam video tu memang aku saman kau. Niat murni kau orang nak berboikot sekarang dah menjadikan kau macam orang Israel. Paksa orang ikut tekak kau!…” – Tambahnya lagi

Lihat Posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Mudah-Mudahan Fattah Tidak Selingkuh, Jika Pasangan Melayan Jadi Juga…” – Fazura
Next article“Orang Faham Agama, Dulu 1 Malaysia Mengata Pasal Dia…” – Netizen Kagum Dengan Jawapan Ina Naim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here