Home Hiburan “Kau Jatuh Sebab Kau Dah Gemuk..” Noreen Bahan Janna Nick ‘Kaw Kaw’...

“Kau Jatuh Sebab Kau Dah Gemuk..” Noreen Bahan Janna Nick ‘Kaw Kaw’ Buat Netizen Tk Henti Gelak

291
0

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh seorang pelakon dan pelawak iaitu Norreen Iman dengan lakonan beliau yang mampu membuatkan ramai terhibur menarik perhatian ramai apabila beliau menghentam Janna Nick baru baru ini di aplikasi Tiktok punca selebriti terkenal itu diviralkan dengan peristiwa jatuh kerusi di sebuah rancangan televisyen iaitu ‘ICSYV’. Peristiwa tersebut masih berlegar legar dalam pemikiran netizen dan kali ini, Norreen membuatkan ramai tidak henti gelak apabila beliau yang merupakan ‘besties’ kepada Janna Nick merakam peristiwa beliau menyakat teman karibnya itu tanpa rasa bersalah.

Perkongsian Norreen cukup membuatkan ramai menyatakan bahawa beliau seakan mewakili pihak netizen dengan menyampaikan perkara tersebut kepada teman karibnya itu. Beliau yang hadir tanpa rasa bersalah menegur Janna dengan menanyakan jika benar rakannya itu telah membuat hal dengan jatuh kerusi ketika siaran langsung dan ini membuatkan belia tidak henti gelak dan tampak puas pada raut wajah Norreen. Tidak itu sahaja, beliau mengkritik badan Janna yang kini kelihatan lebih sihat dan menyatakan bahawa itu merupakan salah satu punca Janna Nick jatuh kerusi dan pada akhir perbualan beliau dan temannya itu, beliau mengucapakan kepada Janna ‘Welcome to the Club’ dan hal ini membuatkan ramai terhibur dan mencuit hati dengan tindakan Noreen.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan seperti :

@Coffe Latte:aku suke btl akak ni gelak nampak KEIKHLASAN SANGAT² Hhahahaa

@aleesyainara:lps die bahan janna die bla cmtu jek

@_dinadin19:welcome to the club…hahahah

@syahrulwizamabwah:tkde belas kasihan gelak ni….pasrah je janna

@𝑱𝑼𝑬𝑵𝑶𝑹𝑫𝑰𝑵:kena bahan 44 haqi

@IndahTeratai:amboii kemain lagi gelak kan org…kite join sekali laah…

@24fikri5409:Amek skli dye bahan diam je Janna Nick x trkata

@mieyramohdshariff:puas betul muka noreen lepas gelakkan janna

@Cik Detie Hayatie:Alaaa janna pun selalu bahan member dia kan

Ketika Norreen beredar setelah puas menyakat Janna Nick, beliau menyatakan bahawa hanya beliau ynag boleh berbuat demikian kepada Janna Nick dan beliau tidak menggalakkan orang lain berbuat sedemikian kepada temannya itu. Raut wajah Janna yang ternyata sudah kalis dengan segala tohmahan dan kritikan yang diberikan oleh Norreen itu hanya membut muka ‘blur’ dan hanya diam kerana beliau tahu beliau akan kalah jika Norreen teruskan membahan beliau. Semoga persahabatan Norreen Iman dan Janna Nick berkekalan dan sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

 

Previous article“Sakit Sy Berbaloi Kalini..”- Sanggup ‘Tahan Sakit’ Utk Kepuasan Hati, Filem ‘The Assistant’ Raih Jualan Tertinggi
Next article“Usaha Tk Khianati Hasil..”- Berjaya Curi Hati Nadia Brian, Diberi Panggilan ‘Ayang’ Lepas Datang Beraya
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here