Home Isu Semasa Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Lepas Jatuh di Rumah Pengasuh

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Lepas Jatuh di Rumah Pengasuh

96
0

Peristiwa di Ipoh, Perak melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang meninggal dunia pada Selasa lalu.

Menurut laporan MGPERAK, kanak-kanak tersebut dipercayai telah terjatuh di lantai rumah pengasuhnya di Taman Cempaka.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris menyatakan bahawa ayah mangsa telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis sekitar jam 7.20 malam, Isnin lalu.

“Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut…”

“Pada Selasa sekitar jam 11.10 malam, pihak polis telah dimaklumkan oleh pegawai perubatan pediatrik bahawa mangsa telah meninggal dunia, katanya…”

Dipercayai bahawa punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan di kepala akibat trauma tumpul.

“Setakat ini, pengasuh wanita berusia 30 tahun telah ditahan petang tadi (Rabu) bagi membantu siasatan…”

Kes juga masih dalam siasatan, dan akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kesalahan penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleMSN Jelaskan Mereka Hanya Bayar Kos Perbelanjaan Atlet dan Jurulatih
Next articleRemaja Maut Ketika Berselfie, Kepala Terput*s

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here