Menerusi satu keratan klip yang berkongsikan pendedahan Puteri Sari yang merupakan ‘influencer’ di aplikasi Tiktok yang membuatkan ramai beremosi kerana tindakan usahawan yang berfikiran cetek dalam membuat pemasaran yang murahan di laman sosial untuk menagih jualan tertinggi. Isu berkenaan kes duit palsu tersebut yang membuatkan para usahawan dan jutawan terkenal turut memberi komen pedas agar hal tersebut tidak terulang kerana cara mereka menampakkan sangat murah dan tidak bermoral sama sekali. Perkara tersebut didedahkan oleh Puteri Sari kerana pengasas kecantikan, Siti Jamumall tidak ingin menyelesaikan perkara ini dengan baik sehinggakan nama dan bisnes Puteri Sari jatuh merudum kerana perbuatan tersebut.
Keratan klip tersebut mengisahkan keberanian Puteri Sari mendedahkan isu tersebut kerana perniagaan dan nama baik keluarga beliau tercemar gara gara membantu pengasas kecantikan tersebut melakukan ‘marketing murahan’ di sosial media untuk membuatkan produk pengasas tersebut terkenal di Malaysia. Namun cara mereka tidk semudah itu kerana ramai tidak terpedaya malah menghentam mereka kerana tidak profesional dalam melakukan hal tersebut sehinggakan mendatangkan fitnah. Bukti yang ditunjukkan oleh Puteri Sari itu sudah jelas bahawa mereka cuma bersandiwara dan bersketsa pada ketika itu dan hal ini mengejutkan ramai pihak dan menjadi perhatian ramai pihak.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti:
@Danial&Ali:manusia berbangga menjadi pencetus fitnah.
@Syafinaz Zainal:pasni cnfrm org dah takcaya depa dua ni even betui² kena rompak ke apa
@Adam:dah agak dah sebab x pegi report polis…
@Sisyan.Official:Dulu org takut dgn fitnah..sekarang kerana job & duit sanggup jadikan issue utk memfitnah..nauzubillah..takut makan diri sendiri nnti..
@REEZ:dalam video duit tu pon dh tahu yg ni sune drama sbb camera stay..
@ira:mmg dah agak dah
sbab yg kes baby tetukar je trus report polis yg kes ni takde sorang pn report
@Nadia Nissa:Banyak sangat dah guys marketing cara macam nie. Bukan setakat puteri sari nie jaa. Org femes nie banyak bisnes bisnes guna sbb marketing sahaja.
@en:video baling duiy dahvtau marketing.. kameraman masuk dgn sari, sari balik kamere tertinggal kat dlm.. haha
@Diya Leya:aku dh agak dahhh…hahaha sbb ak duk perhati je abg yg tlg ambk duit tuu..dia dh stdby awl2 dh nk pass duit kat siti
Siti Jamumall yang pernah menjadi bualan ramai suatu ketika dulu dengan peristiwa anak beliau tertukar gara gara kesilapan hospital itu kini membuat isu berkenaan duit palsu ini kelihatan begitu serius apabila beliau tidak ingin menyelesaikan perkara ini secara baik dengan Puteri Sari. Mereka berdua merancang bahawa hal ini perlu dilakukan hanya selama 3 hari namun perancangan itu dikatakan hanya penipuan pengasas tersebut setelah nama beliau berjaya dinaikkan di laman sosial. Para netizen menyatakan hal ini dikategorikan seperti tikam belakang kerana Puteri Sar mampu mendedahkan perkara tersebut tanpa meminta izin dengan pengasas tersebut kerana nama dan perusahaan beliau sudah jatuh merudum gara gara isu tersebut. Apa apa pun kita hanya mampu berdoa yang terbaik untuk mereka supaya isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan aman tanpa sebarang pertelingkahan.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram