Home Viral “Kalau Nak Boikot Penyondol, Sesuai Muka Dia…” – Che Ta

“Kalau Nak Boikot Penyondol, Sesuai Muka Dia…” – Che Ta

195
0

Pelakon Rozita Che Wan, juga dikenali sebagai Che Ta, mengungkapkan bahawa wanita yang merasa terdesak untuk memiliki suami orang lain memang ada.

Mengikut laporan Harian Metro, Che Ta atau nama sebenar Rozita Abu Bakar berpandangan bahawa perkara tersebut sudah menjadi fenomena biasa di kalangan wanita zaman sekarang.

“Macam inilah, perempuan kalau dah memang suka hak orang, gasak macam mana pun tetap nak rampas. Selalunya hanya wanita yang akan menyakiti hati perempuan lain, itu saja saya boleh cakap…”

“Kebanyakan orang terdekat dengan kita adalah individu yang akan merampas hak kita sebab dia tahu kehidupan, keadaan dan harta benda milik suami kita, jadi hati-hatilah…”

“Macam saya tiada kawan perempun, semua pondan. Jangan salahkan sebelah pihak, salahkan kedua-duanya. Saya sangat setuju kalau nak boikot penyondol, sesuai muka dia…”

Apabila ditanya mengenai pemeriksaan telefon bimbit suaminya, Zain Saidin, Che Ta menyatakan bahawa dia tidak pernah melakukan tindakan sedemikian kerana meletakkan sepenuhnya kepercayaan pada suaminya.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleAliff Syukri Mohon Maaf Tak Dapat Keluar Lagu Raya. Netizen Sedih – “Tak Meriah Lah Raya Tahun Ni..”
Next article“Saya Bukan Isteri Awie Tau, Tunang Pun Dah Putus…” Erra Fazira

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here