Pelakon dan selebriti terkenal, Nadia Brian meluahkan hasrat yang dia ingin mencari seorang lelaki untuk dijadikan calon suami..
Bertanyakan tentang ciri-ciri lelaki idaman, Nadia Brian berkata yang dia menginginkan teman hidup yang dapat memberikan tunjuk ajar dalam agama Islam serta setia dalam perhubungan.
“Mestilah kita nak yang beragama, dapat membimbing dan susah senang bersama..”
Susulaan hasrat tersebut, ramai peminat mengeluarkan pendapat yang Nadia tidak sesuai dengan lelaki beragama dek kerana imejnya yang seksi.
View this post on Instagram
“Bila ada yang kata saya tidak layak dengan yang beragama, saya mintak doa baik-baik. Lagipun pemakaian saya bukan keterlaluan..
Kalau keterlaluan pun saya mintak maaf, saya masih menjaga batas, tidak menggangu sesiapa dan tahu menjaga diri malah saya ada niat nak berubah jadi lebih baik..”
“Saya ada juga dekati agama seperti mengaji, tapi saya tak kongsi kepada orang ramai. Benda baik ni saya rasa bersifat peribadi..”