KISAH ‘amukan’ seorang wanita di sebuah kedai serbaguna 7Eleven pada Rabu lalu masih ha..ngat diperka.takan netizen sehingga ke hari ini.
Ketika isu dengan 7Eleven menemui penamatnya, tular pula satu lagi rakaman, memaparkan wanita dikenali sebagai Kak Long itu bertindak biadab di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).
Sejak dua kejadian itu, Kak Long yang dilahirkan sebagai Wan Nor Ba.izura tidak aman apabila namanya terus menjadi sasaran ke.ben.cian, kema.ra.han serta kec.a.m.an netizen.
Tidak terkecuali tentunya anak lelaki Kak Long iaitu Adam yang dilabel netizen sebagai kanak-kanak yang biadab dan kurang didikan orang tua.
Dalam satu video terbaharu, Kak Long sekali lagi tumpah air mata dan mengakui sedang mencari ikhtiar untuk mengubah sikap anaknya itu.
“Orang yang kenal perangai anak saya, dia tahu. Saya pun sekarang ni tengah berubat. Saya bawa anak jumpa ustaz, saya ikh.tiar supaya anak saya berkata molek-molek (baik-baik).
“Alhamdulillah, kalau awak nak tolong saya lagi, mari je tolong saya. Bukan tolong dengan wang ringgit pun tak apa, tolong didik saya. Yang mana ada ilmu agama, mari didik saya, mari didik anak saya,” ujarnya sambil mengesat air mata dengan sehelai tuala.
Kak Long bersama anaknya Adam dalam keja.dian tular pada Rabu lalu.
Dalam video sama, Kak Long ak.ui tidak pandai mendidik anaknya, namun tidak dapat berkongsi butiran selanj.utnya mengenai situasi yang dia.lami.
“Saya jumpa ustaz sebab saya ni sebenarnya, saya le.mah guys. Saya lemah. Saya ak.ui saya tak pandai didik Adam, saya akui. Tapi saya tak boleh cerita sepenuhnya.
Saya man.usia, saya boleh berubah bila-bila masa. Sebab tu saya buat live sekarang, saya jaga mulut saya.
KAK LONG
“Tapi tak apalah, awak nak doa kepada saya bu.ruk-bu.ruk… tak payahlah. Saya takut doa ni berbalik kepada awak. Saya akui kesilapan saya.
“Tapi ambillah pengajaran daripada saya atas benda yang dah jadi. Saya tak boleh diamkan diri sebab saya tak nak lari daripada kesilapan saya.
Tambah wanita itu lagi, dia juga sama seperti insan lain yang boleh berubah ke arah yang lebih baik.
“Saya manusia, saya boleh berubah bila-bila masa. Sebab tu saya buat live sekarang, saya jaga mulut saya. Cuma hari tu saya tak boleh nak kawal Saya minta maaf,” ujar wanita dari Terengganu itu.
Rakaman ketika Kak Long di KFC turut dike.cam netizen.
“Dan saya pun dah minta maaf dengan staf KFC, staf 7Eleven. Awak nak apa pula hari ni?” soalnya lagi.
Untuk rekod, nama Kak Long hangat diperkatakan selepas dia mengamuk gara-gara anaknya dituduh mencuri di salah sebuah outlet 7Eleven pada Rabu lalu.
Selain Kak Long, anak lelakinya Adam yang ditu.duh me.n.curi turut dik.ec.am netizen keran.a ber.sika.p bia.da.b terhadap staf kedai berkenaan.
Pada Khamis, wakil 7eleven telah bertemu dan bermaafan dengan wanita itu, menyifatkan kejadian berkenaan sebagai salah faham antara staf dengan pelanggan sekaligus menamatkan kontroversi yang melanda.
Dia pada Jumaat bagaimanapun sekali lagi dikecam selepas tular video sedang memaki hamun staf KFC ketika sedang menjamu selera dengan keluarganya.
Sumber: mStar