Penyanyi Azmi Saat masih dalam fasa pemulihan emosi selepas ke.hil.an.gan cahaya mata yang ditunggunya dan isteri, Nazira Muhammad, 36, selama 10 tahun pada September tahun lalu.
Jelas Azmi, 35, dia kini menjadi semakin kuat namun masih cuba berusaha untuk menjaga isterinya yang kadang-kala mudah larut dalam emo.si.
“Kami masih mencuba (untuk mendap.atkan zuri.at) cuma isteri selalu ajak pergi ku.bu.r untuk lepaskan rindu. Me.nan.gis tu dah kurang dah, em.osi saya pun semakin stabil.
“Memang pada mulanya dia kata pera.saan s.ed.ih tu datang. Tiba-tiba dengar dia me.na.ngis dalam bilik air.
“Saya cakap sabar je lah. Tapi itulah, perkataan sabar itu dah tak bagi ke.san apa. Jadi, saya cuma datang dan pe.luk dia, sekurang-kurangnya boleh tenangkan dia.
“Dia akan lebih teringat kalau dengar suara anak orang. Tambah-tambah pula dia selalu main Facebook, tengok macam-macam cerita tentang anak orang,” ujarnya.
Azmi ditemui pada majlis Kempen Raikan Ramadan ‘Berkongsi Rezeki, Manisnya Memberi’ oleh Yayasan Maghfirah di Kajang, Selangor pada Jumaat. Azmi juga merupakan duta kepada yayasan terbabit sejak tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, Azmi belum merancang untuk mengambil anak angkat untuk mengubat kehilangan tiga bulan lalu.
“Tetapi bukanlah pada masa sekarang. Pada masa akan datang, ya mungkin. Saya pun pernah juga tanya isteri jika nak ambil anak angkat.
“Tapi dia kata belum bersedia. Dia nak cuba juga dapatkan zur.iat sendiri. Kalau ambil anak angkat, kemudian dikurniakan zuriat sendiri, bimbang tak dapat bahagi kasih sayang dengan sempurna,” tambahnya.
Ditanya tentang rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), dedah Azmi dia dan isteri telah melakukan ujian kesuburan sekitar tujuh tahun selepas mereka mendirikan rumah tangga.
“Do.ktor maklumkan kesi.ha.tan kami berdua okey dan memberikan ub.at hor.mon saja. Tahun kelapan berkahwin isteri saya pernah ha.mil namun ke.g.ug.u.ran pada bulan ketiga.
“Lepas k.ejad.ian itu kami sudah tidak lagi membuat pemeriksaan lanjutan dan berserah. Pada tahun ke-10 kami diberikan rezeki. Biarpun masa bersama tidak lama, kami percaya pada ketentuan dan tidak pernah putus harapan untuk mendapatkan zuriat sendiri. Mungkin belum masanya lagi,” tambahnya.
Azmi mendirikan rumahtangga dengan Nazira, seorang penjawat awam yang juga Orang Kelainan Upaya (OK.U) .c.a.ca.t penglihatan pada 2011.
Setelah lama menanti, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Khairul Afnan pada 27 September lalu.
Bagaimanapun, selepas seminggu, permata hati mereka itu kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak.
Sumber:Gempak