Home Hiburan Jodoh Tak Panjang, Ikatan 10 Tahun Perkahwinan Yasmin Hani & Suami Trlerai

Jodoh Tak Panjang, Ikatan 10 Tahun Perkahwinan Yasmin Hani & Suami Trlerai

265
0

Ikatan rumah tangga yang dibina lebih 10 tahun antara pelakon Yasmin Hani dan suaminya Sha’arin Mohamed Razali terlerai apabila mereka disahkan bercerai.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Yasmin menerusi satu hantaran di Instagramnya, sebentar tadi.

Menurut Yasmin, mereka sudah dapat melaksanakan apa yang telah dipersetujui bersama.

“Kami berdua setuju yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

“Kami betul-betul harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami,” katanya.

Tambahnya, dia juga mahu mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagian mereka.

“Walaupun kami memilih untuk hidup berasingan, kami tetap satu keluarga bahagia dan secara tak langsung juga hubungan kami lebih rapat.

“Kami masih berkongsi ikatan kerana Noad dan Eissa. Kami adalah ibu bapa yang pertama dan terpenting dan kami meminta ruang dan privasi kami dihormati,” katanya.

Susulan daripada positng itu, ramai peminat termasuk rakan artis turut meninggalkan komen dengan menitipkan doa yang terbaiik buat kedua-dua pasangan itu.

Sekadar info, Yasmin Hani dan Sha’arin berkahwin pada 2011.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Sumber: Gempak

Previous article[VIDEO] “Hati2 Bila Pakai…” Fazura Terj4h Pembeli Tudungnya, Sekali Ini Yang Jadi
Next article“Lah sory aku ingat…”- Kongsi Video TikTok, Yusuf Bahrin Jadi Bualan. Sekali Nma Artis Ini Yg Naik
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here