Meskipun saiz bentuknya kecil, serangga Kamitetep ini suka rosakkan fabrik rumah dan sebabkan lebam dan gatal. Kalau ada sesuatu yang melekat pada dinding rumah pastinya anda akan membersihkannya dengan cepat.
Mungkin anda hairan kerana bentuknya adalah seperti serpihan kulit pokok dan hanya melekat setempat, tetapi jangan terkejut jika itu sebenarnya adalah sejenis larva yang dipanggil kamitetep. Kamitetep ini adalah sejenis larva kecil yang boleh mengakibatkan kegatalan, lebam dan sakit yang lama.
Baca lagi: “Lipas Ni Tinggi Protein Sebab tu Ada Org Beli”-Video Unboxing Lipas Buat Netizen Geli
Baca lagi: Naik Geram Bnyk Lipas Brkampung, Lelaki Ini Kongsi Cara Hapuskan Lipas Dlm Kereta
Mempunyai Cengkerang Dan Hanya Sebesar Biji Timun
Bagi yang pernah terkena lebam dan gatal-gatal yang lama, sekiranya diperhatikan di bahagian tengah lebam biasanya terdapat bekas luka gigitan dalam bentuk lubang kecil sebesar jarum dan itu adalah berpunca dari seekor kamitetep.
Kami tetep atau nama saintifiknya ialah Phereoca Uterella mempunyai cengkerang yang membentuk sarung pipih berwarna coklat dan sebab itu jugalah ianya dikatakan seperti serpihan kulit pokok. Kamitetep ini merupakan larva atau ulat dari sejenis rama-rama yang kebiasaannya membawa cengkerang bersaiz seperti biji timun.
Kepompongnya yang dibuat terdiri daripada serat sutera yang dicampurkan dengan pasit atau debu dan juga boleh berasal daripada tanah. Kepompong ini kebiasaannya mempunyai jalan keluar dari depan dan belakang bagi memudahkan ulat ini untuk keluar masuk. Kamitetep ini tidak akan keluar sepenuhnya tetapi hanya sebahagian badan keluar untuk mencari makan.
Ianya juga suka memakan fabrik lain dan juga selalu melekat pada sarang labah-labah. Ini kerananua kamitetep ini suka memakan labah-labah kecil. Haiwan ini biasanya tinggal di tempat yang tersembunyi tetapi mempunyai suhu yang hangat seperti di bawah katil atau sofa, kerana haiwan ini juga akan makan di atas kain yang terdapat di sekitarnya.
Tubuh kamitetep setelah menjadi rama-rama akan mempunyai sayap yang panjangnya sekitar 13mm. Perkara yang sangat mengagumkan dan mengerikan adalah, rama-rama dari kamitetep masih dapat bertelur sebanyak 200 biji dalam satu putaran telurnya. Telur akan disembunyikan di tempat yang mereka anggap selamat sehingga boleh menetas.
Kamitetep Ini Juga Beracun
Semasa menyengat atau menggigit, biasanya kamitetep akan meninggalkan bulu di tempat yang disengat. Bulu itu yang akan menyebabkan lebam dan bengkak dengan rasa dan gatal yang teruk. Bengkak dan lebam yang disebabkan oleh sengatan serangga biasanya akan berlangsung selama beberapa hari bahkan lebih dari satu minggu kemudian akan menjadi hitam jika dibiarkan.
Luka digigit kamitetep boleh dirawat dengan menyapu balsem atau juga boleh menggunakan ubat gatal, tetapi biasanya gatal akan terasa lagi setelah kesan balsem hilang. Terdapat cara tradisional yang cukup berkesan untuk merawat gatal setelah digigit serangga beracun ini dengan meletakkan pita atau pelekat pada benjolan daripada kesan gigitan kamitetep.
Setelah pita diletakkan di bahagian benjolan, tarik secepat mungkin sehingga bulu penyengat haiwan akan dikeluarkan oleh pita tersebut. Selain itu, korang juga boleh menggunakan kapas yang sebelumnya telah direndam dalam minyak tanah atau juga menggunakan kapur barus yang dicampurkan dengan air dan kemudian digunakan pada bekas gigitan kamitetep.
Cara membasmi kamitetep disarankan dengan bantuan pihak pest control kerana haiwan ini suka bersembunyi sehingga akan susah untuk menangkap menghapuskannya.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA