Hari ini, ibu bapa Zayn Rayyan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh anak mereka sendiri, Zayn Rayyan Abdul Matin.
Sewaktu bapa Zayn melalui ruang legar mahkamah, dia menjerit berulang kali.
“Saya dianiaya, ini semua fitnah…”
Jeritan bapa Zayn ini mengundang jeritan daripada ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah. Ahli keluarga juga dilihat memegang kain rentang bertulis ‘Justice for Zaim dan Isma’.
Dalam pada itu, ibu kepada bapa Zayn turut menjerit dan mengharapkan keadilan buat anak lelakinya itu.
“Kami mahu pembunuh yang sebenar, ibu tahu Zaim tidak salah…”
Setakat ini, pihak polis juga akan membuat permohonan di mahkamah untuk menyambung reman ke atas ibu bapa Zayn bagi membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro