Home Hiburan Janji Mencintai Hingga Ke Akhir Hayat, Usop Tak Kekok Panggil Isteri ‘Mummy’

Janji Mencintai Hingga Ke Akhir Hayat, Usop Tak Kekok Panggil Isteri ‘Mummy’

123
0

Umum tahu, penyanyi Usop selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim pada 4 Februari lalu dengan sekali lafaz di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.

Panggil mummy daddy

Screenshot 2022 02 07 at 10.32.56 AM

Baru beberapa hari mendirikan rumah tangga, nama panggilan Usop dan isterinya menarik perhatian netizen apabila mereka membahasakan diri mereka sebagai ‘mummy’ dan ‘daddy’.

Menerusi posting di Instagram, pemilik nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor mengucapkan terima kasih kepada isteri tercinta kerana menerima dirinya seadanya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 25 tahun ini juga berjanji akan menjaga isterinya hingga ke akhir nafasnya dan berharap agar ‘masjid’ yang dibina itu berkekalan hingga ke syurga.

Terima kasih mummy kerana terima daddy seadanya. InsyaAllah daddy akan menjaga mummy sampai ke akhir hayat daddy dan daddy harap perkahwinan ini berkekalan hingga ke jannah, Amin.

‘Anak belum keluar dah panggil mummy daddy?’

WhatsApp Image 2022 02 07 at 10.25.26 AM

WhatsApp Image 2022 02 07 at 10.26.12 AM
Menjengah ke ruangan komen, panggilan manja berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan artis. Malah, ada juga di antara mereka yang mendoakan agar rumah tangga pengantin baru ini kekal hingga ke jannah.

Sumber : usopofficial via OHBULAN!

Previous article“Tak Mahu Meros4kkan Industri Sebenarnya, Saya Sedar…,” – Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri Big Stage 2022?
Next articleNampak ‘Baby Bump’ Di IG, Netizen Sy4k Stacy Hamil?
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here