Home Viral “Jangan Jadi Anak Derhaka Kahwin Senyap-Senyap, Nanti Satu Sen Harta Aku Pun...

“Jangan Jadi Anak Derhaka Kahwin Senyap-Senyap, Nanti Satu Sen Harta Aku Pun Tak Dapat…” – A.Aida

205
0

Nasihat yang diberikan oleh pengarah dan penerbit, Datuk A Aida, kepada anaknya, Wan Azevanatassha, 23 tahun, telah menarik perhatian netizen.

Melalui perkongsian di Instagram, Aida mendoakan agar Azevanatassha, yang mesra dipanggil Tasha, bertemu dengan jodoh yang baik. Walau bagaimanapun, Aida menegaskan bahawa anaknya perlu mendapatkan restu daripadanya terlebih dahulu sebelum melangkah ke jenjang perkahwinan.

“Moga jumpa jodoh yang baik mata biru, tapi nak kahwin mesti dapat restu dulu…” – Katanya

“Jangan jadi anak derhaka kahwin senyap-senyap. Nanti satu sen harta aku pun tak dapat…” – Katanya lagi

Pada masa yang sama, dalam ruangan kapsyen, Aida, juga dikenali sebagai Zaidah Awang, yang berusia 54 tahun, mengirimkan doa agar anaknya mencapai kejayaan yang besar.

“Tak terucap penat lelah dan susah ibu membesarkan anak. Apa sahaja kemahuan, ibu akan cuba penuhi…” – Jelasnya

“Sebagai balasan, belajarlah rajin-rajin dan sia-siakan peluang yang ada. Semoga kau berjaya anakku…” – Jelasnya lagi

Lihat posting di bawah:
IMG 0682

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Buat Kerja Tak Payah Amanah Lah, Gitu Ke?…” – Fynn Jamal Selar Individu Isu Noh Salleh
Next article“Walaupun Nampak Je Kak KM Tak Bertudung Macam Ni, Tapi Banyak Betul Amalan Dia…” – Kak KM Kongsi Amalan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here