Home Viral “Jangan Bergaduh di Media Sosial Sebab Nampak Bodoh…” – Azhar Sulaiman Komen...

“Jangan Bergaduh di Media Sosial Sebab Nampak Bodoh…” – Azhar Sulaiman Komen Isu Hangat

259
0

Baru-baru ini, tular mengenai kemelut yang dihadapi penyanyi terkenal, Shila Amzah yang dilihat berbalah sesama sendiri bersama dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada Amzah sehingga menjadi bualan warganet.

Terbaharu, pelakon veteran, Azhar Sulaiman tampil memberikan komen berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Menerusi Instagramnya, Azhar meluahkan rasa hairannya dengan sesetengah pihak yang dilihat secara terbuka membuka aib serta menceritakan hal dalam kain sehinggakan menjadi perhatian orang ramai di media sosial.

“Bila tengok sesebuah keluarga berperang sesama sendiri di media sosial, terlintas di kepala Behar (Azhar Sulaiman), ‘Dorang ni semua dapat payment ke dari siapa-siapa untuk provide “drama” kepada netizen?…” – Azhar Sulaiman

“Kita hanya menyakiti sesama kita apabila bertindak seperti ini. Nanti nak kena tunggu berapa kali Hari Raya baru nak berjumpa nangis2 & bermaafan?…” – Katanya

“Mengapa tidak memilih jalan yang lebih baik? Jangan bergaduh di media sosial sebab ianya bodoh sangat…” – Katanya lagi

Terdahulu, Shila dan dua adik beradiknya iaitu Syada serta Syafiq dilihat berbalah sesama sendiri selepas mereka tidak berpuas hati dengan keputusan penyanyi itu yang mahu menjual rumah pusaka yang didiami keluarga mereka.

Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis Azhar dilihat sudah memadam posting tersebut.

Lihat Posting di bawah:Azhar Sulaiman

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Dahla Kakak Tanggung, Banyak Bunyi Pula…” – Netizen Desak Syada Amzah Cari Kerja
Next articleBertikam Lidah Dengan Menantu, sekali Video Sheila Rusli Bersama Elisya Sandha Mengejutkan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here