Menjadi salah seorang tetamu jemputan prorgam MeleTOP yang bersiaran malam semalam (Selasa), Elly Mazlein selaku rakan hos Nabil Ahmad bertanya pada Haris bilakah pasangan itu akan mendedahkan wajah anak sulung mereka, Muhammad Bilal.
Kata Haris, dia mahupun isterinya Neelofa masing-masing tidak mempunyai masalah untuk berkongsi wajah anak mereka namun ada beberapa perkara yang perlu dititik.berat.kan sebelum melakukan perkara tersebut.
“Saya jawab dengan hadis dan biar anda semua yang nilai sendiri.
View this post on Instagram
“Kalau kamu tengok satu benda menakjubkan kamu; harta kamu, anak beranak kamu, keluarga kamu… apa yang menakjubkan; kalau tak sebut kelebihan pada Allah SWT sebab siapa yang jadikan kelebihan pada kita; Allah SWT.
“Jadi, kita risau kalau ada berapa ramai tengok dan kalau-kalau ada yang terlepas tak sebut SubhanAllah,” katanya.
Memetik laporan Gempak, Haris turut berkongsi pengalamannya bergelar bapa memaklumkan mereka hidup secara sederhana sahaja.
View this post on Instagram
Haris turut berkongsi Neelofa tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang menjalani tempoh berpantang namun sebagai suami dia ingin membantu melakukan yang terbaik untuk anak dan isterinya.
Sumber: CARI