Home Hiburan “Huwaa Ini Bukan Saya, L3ntik Saya Lain, Saya Tak Shave T1ak” –...

“Huwaa Ini Bukan Saya, L3ntik Saya Lain, Saya Tak Shave T1ak” – Nampak Sama Tapi Bukan Dia, Ramai Us1k Datuk Ac Ada kembar

146
0

Pengacara popular dan versatile, Datuk AC Mizal menjadi perhatian netizen selepas satu video yang merakamkan seorang individu mirip wajahnya tular.

Video pendek itu merakamkan seorang penari lelaki memakai singlet berwarna hitam sedang menari sambil tersenyum membuatkan wajahnya saling tak tumpah seperti Ac.

Tidak cukup dengan itu, gaya rambutnya juga seakan-akan Ac.

Disebabkan itu juga, Ac menerusi akaun Instagramnya memberikan respon lucu dan mencuit hati netizen.


“Saya terpanggil menjawab banyak pertanyaan sampai anak saya sendiri cakap TAK PERNAH NAMPAK DADDY PAKAI SINGLET HITAM…

“Alaaaaa huwaah ini bukan saya… Lentik saya lain… Saya tak shave t1ak okay! Okay, okay, okay siapa edarkan video ni ha

“Saya terpaksa cari job sampingan… Tak guna ada bakat kalau tak tonjolkan. (B malam ni i pakai macam ni ok tak) hahah.

“Dua hari telefon notification tak berhenti-henti ingat apa, rupanya dah pecah lubang saya buat job tepi selain dari hos… Hebat tak? Demi mencari rezeki tambah pendapatan,” tulisnya.

Lebih lucu lagi, video tersebut bukan sahaja menjadi bualan netizen malah rakan artis juga tidak ketinggalan menyakat Ac.

Dalam perkembangan terbaharu, Ac bakal muncul sebagai hos untuk program yang pernah mencetuskan fenomena iaitu The Masked Singer Malaysia musim kedua.

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

Sumber: Gempak

Previous article[VIDEO] Walaupun Sudah Berusia 90 Tahun, Suami ‘Nervous’ Telefon Diperiksa Oleh Isteri
Next article[VIDEO]“Weii Real Mat” – Suntingan Avengers tengah makan buat ramai terhibur
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here