Home Hiburan Hantar Anak Masuk MRSM, Rita Rudaini Kongsi Rasa Sebak, Bangga – “Anak...

Hantar Anak Masuk MRSM, Rita Rudaini Kongsi Rasa Sebak, Bangga – “Anak Dibesarkan Ibu Tunggal Melangkah Ke Depan”

243
0

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa sebak selepas menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin memasuki sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menurut Rita, 45, dia yang selama ini tidak pernah berjauhan dengan anaknya itu mengalirkan air mata sedih bercampur gembira melihat pencapaian anaknya itu.

“Saya ibu yang normal. Rasa sakit, pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tahu derasnya air mata saya hari ni.

“Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta, sayang, rindu. Kami tak pernah berenggang, harini kami berjauhan,” tulisnya.

Menerusi platform TikTok, Rita turut berkongsi video momen memeluk Airit ketika menghantar anaknya itu.

Tambah bekas isteri penyerang JDT, Aidil Zafuan Radzak itu lagi, dia cukup berbangga melihat anaknya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal.

“Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal, melangkah setapak lagi ke depan.

“Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kanan mu. Fly high Airit Rayyan Rizqin,” jelas Rita lagi.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan tahniah di atas kejayaan Rita yang berjaya mendidik anaknya sehingga melayakkan diri ke sebuah sekolah berprestij.

Malah, kekuatan Rita sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anak-anaknya turut menjadi inspirasi kebanyakkan wargamaya terutamanya wanita.

@Cahaya Cinta:sebak anak tu tanpa ayah di sisi. Tahniah Rita kuat besarkan anak-anak. Hebat awak.”

@blackbeautyz:Hmmmm kita yang nangis tengok. Dari baby sampai besar kita tengok Rayyan. All the best Rayyan moga dipermudahkan segala urusan.”

@eisyaelisya:tahniah abang Rayyan. Nanti jaga ibu ye.. buktikan yang Rayyan mampu jaga ibu dan adik.. walaupun tanpa ayah.”

@mum mirairfanassyifa:Semangat luar biasa kak Rita ..dari down sampai bangun semula… tahniah Rayyan…”

“@juesufi:Rita seorang ibu tnggal yang hebat. Berjaya didik anak-anaknya dunia akhirat dan Rita buktikan dia seorang wanita yang berjaya mddik anak-anak tanpa seorang lelaki di sisinya.”

@iamfieza:Sian tengok anak-anak Rita ni.. dari kecik sampai besar tak rasa kasih sayang sepenuhnya dari ayah dia, padahal ayah ada lagi.Taniah Rita kuat demi anak-anak tersayang.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 450,000 tontonan daripada warga TikTok.

Untuk rekod, Rita dan Aidil, 34, pernah berumah tangga pada tahun 2008, namun jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada September 2013.

Bagaimanapun, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11.

Sumber: Gempak

Previous article“Syoknya dia..”- Remy Ishak Sambut Hari Lahir Ke-40. Sekali Benda Lain Netizen Perasan
Next articleShuib ‘Marah’ Suruh Hormat Bulan Puasa, “Kita Buat² Tak Nampak Je”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here